PERTANDINGAN FOTO RAYA KREATIF
Aktiviti terkini | 12-23 Mei 2021Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Komuniti Kampung Banggol
Tujuan Aktiviti :
• Memenuhi KPI yang ditetapkan oleh pihak SKMM iaitu Pusat Internet perlu menjalankan 1 program pada setiap bulan.
• Mencungkil bakat kreativiti menyunting gambar dalam kalangan penduduk.
• Sebagai salah satu cara meraikan hari raya aidilfitri ketika wabak penyakit covid 19 melanda negara.
• Mengelakkan penduduk berkumpul di Pusat Internet Komuniti Kampung Banggol bagi menjayakan sesuatu aktiviti.
• Suatu aktiviti yang bermanfaat untuk mengisi masa lapang penduduk sekitar memandangkan sekarang ini kita tidak digalakkan untuk melakukan aktiviti luar rumah.
Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Pertandingan ini mula dijalankan selama 12 hari dan terbuka kepada penduduk sekitar Pusat Internet Komuniti Kampung Banggol khususnya ahli berdaftar Pusat Internet Komuniti.
• Hebahan berkenaan pertandingan diadakan melalui media sosial iaitu Facebook dan Whatsap.
• Seramai 9 orang peserta telah menyertai pertandingan ini.
Kelebihan Aktiviti :
• Dapat mencungkil bakat terpendam peserta dalam menyunting gambar.
• Dapat mengadakan suatu aktiviti bermanfaat untuk penduduk sekitar.
• Penduduk sekitar dapat mengelakkan diri dari berkumpul dan melakukan aktiviti di luar rumah ketika wabak sedang melanda.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :