PENGENALAN ASAS ICT DAN AKTIVITI BINA KRAF

Aktiviti terkini | 23 Januari 2022

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kampung Banggol

Tujuan Aktiviti :
• Memberi pendedahan tentang asas ICT iaitu merangkumi topik komponen dan fungsi komponen komputer pada peringkat awal kanak-kanak.
• Melatih daya kawalan penggunaan komponen asas komputer seperti tetikus dan papan kekunci melalui aktiviti mewarna secara atas talian.
• Mengadakan satu aktiviti luar bilik darjah untuk para peserta berasaskan topik ICT.
• Melatih otot tangan (psychomotor) dan koordinasi tangan terutama jari dengan menggunakan bahan yang telah disediakan semasa program berlangsung.
• Melatih peserta supaya dapat berfikir secara kreatif dan inovatif semasa menyiapkan tugasan yang diberikan.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Program dijalankan di Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kampung Banggol.
• Program dijalankan di Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kampung Banggol.
• Dijalankan selama 1 jam 30 minit bermula pada pukul 10.30 pagi dan berakhir pada pukul 12.00 tengah hari. Seramai 12 orang peserta telah menyertai program ini dan diiringi oleh 2 orang guru.
• Program ini terdiri daripada 2 segmen iaitu segmen pertama adalah pengenalan asas kepada ICT dan diikuti dengan segmen kedua iaitu aktiviti bina kraf bersama peserta.
• Segmen pertama dimulai dengan memperkenalkan setiap komponen asas pada sebuah komputer serta fungsi komponen tersebut.
• Program diteruskan dengan aktiviti bina kraf bersama peserta yang merangkumi 2 jenis kraf iaitu menampal bulu biri-biri dengan menggunakan kapas dan menampal gambar buah-buahan terpilih dengan menggunakan cebisan kertas.
• Para peserta membawa pulang hasil kraf yang telah berjaya disiapkan.
• Program berakhir dengan acara penyampaian hadiah dan sesi bergambar dengan para peserta dan guru pengiring.

Kelebihan Aktiviti :
• Memberi pendedahan tentang asas ICT iaitu merangkumi topik komponen dan fungsi komponen komputer pada peringkat awal kanak-kanak.
• Daya kawalan penggunaan komponen asas komputer seperti tetikus dan papan kekunci melalui aktiviti mewarna secara atas talian dapat diperkenalkan kepada peserta.
• Otot tangan (psychomotor) dan koordinasi tangan terutama jari dapat dilatih dengan menggunakan bahan yang telah disediakan semasa program berlangsung.
• Menjadikan peserta dapat berfikir secara kreatif dan inovatif semasa menyiapkan tugasan yang diberikan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :