JAMUAN RAYA AIDILFITRI 2022

Aktiviti terkini |21 Mei 2022

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kampung Banggol

Ringkasan Aktiviti :
• Program kolaborasi bersama Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kampung Fikri serta JPKK Kampung Banggol.
• Jamuan diadakan di dalam dan perkarangan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kampung Banggol.
• Makanan utama jamuan ini adalah nasi minyak bersama gulai kawah dan ayam masak merah yang telah dimasak oleh penduduk kampung secara gotong royong.
• Satu pertandingan OOTD Raya turut diadakan bagi mendapatkan suasana jamuan raya yang sebenar dan lebih meriah lagi.
• Jamuan tersedia dari pukul 10.00 pagi sehingga 4.00 petang dan telah mendapat sambutan yang baik dari penduduk Kampung Banggol serta kampung-kampung lain yang berdekatan.



Tujuan Aktiviti :
• Memperkenalkan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kampung Banggol kepada komuniti setempat yang belum mengenali dan mengetahui tentang fungsi PEDi.
• Mengadakan suatu program sebagai program wajib bulanan yang perlu diadakan oleh staf PEDi.
• Melatih staf PEDi dalam melaksanakan serta menguruskan suatu program dan mendapatkan pengalaman yang sewajarnya dari program yang telah diadakan.
• Membina jalinan sosial dengan JPKK Kampung Banggol dan komuniti setempat Kampung Banggol dan komuniti kampung-kampung lain yang turut hadir ke jamuan ini.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Program dijalankan di dalam dan perkarangan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kampung Banggol.
• Dijalankan selama 6 jam bermula pada pukul 10.00 pagi dan berakhir pada pukul 4.00 petang.
• Para tetamu dihidangkan dengan juadah utama iaitu nasi minyak bersama gulai kawah dan ayam masak merah serta banyak lagi juadah lain yang menyelerakan seperti laksa pinang, mi kari,roti jala, ketupat, lemang, rendang ayam dan kuih muih yang lain.
• Pertandingan OOTD Raya turut diadakan bagi mendapatkan suasana jamuan raya yang sebenar dan lebih meriah lagi. Pertandingan ini terbuka kepada semua tetamu yang hadir dengan 2 kategori iaitu dewasa dan kanak-kanak. Pelbagai gelagat dari tetamu yang menyertai pertandingan ini telah berjaya dirakam oleh staf PEDi.
• Pemenang dinilai berdasarkan kreativiti dan gaya masing-masing dalam menggayakan busana yang dikenakan.
• Program berakhir dengan penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan OOTD Raya serta pemberian duit raya kepada kanak-kanak yang hadir ke jamuan raya ini.

Kelebihan Aktiviti :
• Memberi pendedahan tentang kepelbagaian fungsi PEDi kepada komuniti setempat.
• Staf PEDi dapat menimba ilmu dan pengalaman dalam pengurusan program yang melibatkan tetamu yang agak ramai.
• Jalinan sosial yang baharu dapat diwujudkan dan silaturrahim dapat dieratkan lagi antara staf PEDi dengan JPKK Kampung Banggol serta komuniti kampung.
• Memupuk semangat kerjasama antara staf PEDi dan warga JPKK Kampung Banggol dalam menyiapkan juadah hidangan untuk para tetamu yang hadir.

Nama VIP :
• Dato’ Haji Mat Zakhi bin Deraman (Pengerusi PIBG Sekolah Kebangsaan Banggol)

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :