WARNA WARNI KEMERDEKAAN 2022

Aktiviti terkini |20 Ogos 2022

Tempat Aktiviti:
PEDI Kampung Banggol

Ringkasan Aktiviti :
• Program ini merupakan program yang diadakan sempena bulan kemerdekaan negara Malaysia.
• Para peserta diberi pilihan untuk melukis sendiri dan mewarna lukisan tersebut atau mewarna lukisan yang telah siap dicetak oleh petugas PEDI Kampung Banggol.
• Program ini terbuka kepada pelajar sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah rendah.
• Peserta bebas untuk menggunakan kelengkapan mewarna yang dibawa sendiri dari rumah atau menggunakan kelengkapan mewarna yang telah disediakan oleh petugas PEDI Kampung Banggol.



Tujuan Aktiviti :
• Memupuk dan menyemarakkan semangat patriotisme di dalam jiwa peserta terutamanya kanak-kanak supaya terus kekal hingga dewasa.
• Menerapkan semangat dan rasa untuk menghargai jasa dan pengorbanan pejuan-pejuang kemerdekaan negara terdahulu.
• Memberi pendedahan tentang cara untuk meraikan pencapaian negara pada masa kini.
• Membantu meningkatkan imej negara dalam tahap kehidupan yang lebih baik.
• Memupuk keazaman dalam diri setiap peserta untuk mempertahankan kemerdekaan negara kita sampai bila-bila.
• Meningkatkan jati diri rakyat Malaysia melalui penghayatan nilai kemerdekaan negara.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Program berlangsung di PEDI Kampung Banggol.
• Dijalankan selama 3 jam bermula dari pukul 10.00 pagi sehingga 1.00 petang.
• Program dimulakan dengan pendaftaran peserta dan penerangan ringkas tentang program yang berlangsung.
• Peserta diberi pilihan untuk melukis sendiri dan mewarna lukisan tersebut atau mewarna lukisan yang telah siap dicetak oleh petugas PEDI Kampung Banggol.
• Peserta boleh menggunakan kelengkapan mewarna sendiri dan bagi yang tiada, peserta akan diberikan kelengkapan untuk mewarna oleh petugas PEDI Kampung Banggol.
• Program diteruskan sehingga semua peserta siap mewarna lukisan masing-masing.

Kelebihan Aktiviti :
• Menjadikan salah satu cara untuk memupuk dan menyemarakkan semangat patriotisme di dalam jiwa peserta terutamanya kanak-kanak supaya terus kekal hingga dewasa.
• Semangat dan rasa untuk menghargai jasa dan pengorbanan pejuan-pejuang kemerdekaan negara terdahulu dapat diterapkan dalam diri peserta.
• Memberi pendedahan tentang cara untuk meraikan pencapaian negara pada masa kini.
• Keazaman dalam diri setiap peserta untuk mempertahankan kemerdekaan negara kita sampai bila-bila dapat dipupuk sedari dari kecil.
• Meningkatkan jati diri rakyat Malaysia melalui penghayatan nilai kemerdekaan negara.

Nama VIP :


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :