KELAS MEMBUAT KAD DAN VIDEO RAYA KREATIF

Aktiviti terkini |15 April 2023

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia - PEDi Kampung Banggol

Ringkasan Aktiviti :
• Kelas mencipta kad raya kreatif.
• Kelas ini terbahagi kepada 2 kategori iaitu kad raya kreatif untuk pelajar tahap 1 dan e-kad raya kreatif untuk pelajar tahap 2.
• Kategori kad raya kreatif menggunakan youtube dan google image sebagai medium untuk mendapatkan idea serta cara untuk mencipta kad raya tersebut.
• Manakala kategori e-kad raya kreatif pula menggunakan youtube sebagai sumber idea dan seterusnya menggunakan aplikasi canva untuk menghasilkan e-kad raya kreatif tersebut.



Tujuan Aktiviti :
• Memperkenalkan kepelbagaian fungsi Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kampung Banggol kepada komuniti setempat.
• Mewujudkan satu kelas ICT untuk pelajar setempat.
• Mengadakan peluang untuk pelajar menimba ilmu ICT secara percuma.
• Membantu pelajar dalam menyiapkan kad raya untuk menyertai satu pertandingan yang telah diadakan oleh pihak Sekolah Kebangsaan Banggol.
• Menjalin jaringan sosial sesama petugas PEDi dan pelajar setempat.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Program dijalankan di Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kampung Banggol.
• Dijalankan selama 3 jam bermula pada pukul 10.00 pagi dan berakhir pada pukul 1.00 petang.
• Kelas dimulai dengan sedikit penerangan berkenaan kad raya kreatif serta syarat dan kriteria yang wajib diikuti oleh setiap pelajar supaya tiada pelajar yang melakukan kesilapan.
• Pelajar kategori kad raya kreatif diberi masa dan peluang untuk mencari idea dan cara penghasilan melalui google image dan youtube.
• Bagi kategori e-kad raya kreatif pula, mereka diajar untuk menggunakan aplikasi canva.
• Selepas semua idea dan cara sudah dikenal pasti, mereka mula menghasilkan kad raya mengikut kreativiti masing-masing.
• Bahan-bahan seperti kertas warna, gunting, gam dibawa sendiri oleh mereka.
• Petugas PEDi turut membantu jika ada pelajar yang ingin mencetak sebarang hiasan atau motif yang akan diletakkan di kad raya masing-masing.
• Pelajar diajar dari mula sehingga kad raya masing-masing siap dihasilkan.
• Kategori kad raya kreatif akan dibawa dan dihantar kepada guru kelas masing-masing di sekolah.
• Kategori e-kad raya pula, petugas PEDi membantu dalam mengisi borang penyertaan dan seterusnya memuatnaik e-kad raya mereka di laman web yang telah diberikan oleh guru mereka.

Kelebihan Aktiviti :
• Memberi pendedahan tentang kepelbagaian fungsi PEDi kepada komuniti setempat.
• Dapat memberikan peluang kepada pelajar untuk menambah ilmu pengetahuan berkenaan ICT.
• Dapat membantu pelajar dalam menyiapkan kad raya untuk menyertai pertandingan yang diadakan oleh pihak sekolah.

Nama VIP :


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :