PROGRAM BERSAMA MOBILE TEAM KWSP
Aktiviti terkini |21 Februari 2023Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia - PEDi Kampung Banggol
Ringkasan Aktiviti :
• Program bersama Mobile Team KWSP yang diadakan khususnya untuk komuniti setempat supaya dapat memudahkan mereka melakukan sebarang urusan berkaitan KWSP seperti membuka akaun KWSP, membuka I-Akaun KWSP, menyemak kelayakan I-Suri dan I-Sara serta menjelaskan mana-mana caruman yang berkenaan.
Tujuan Aktiviti :
• Memperkenalkan kepelbagaian fungsi Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kampung Banggol kepada komuniti setempat.
• Membantu komuniti setempat terutamanya mereka yang mempunyai masalah kenderaan untuk berkunjung ke pejabat KWSP yang terletak agak jauh dari kampung ini.
• Memudahkan komuniti setempat untuk menyelesaikan sebarang permasalahan atau urusan berkaitan dengan KWSP.
• Membina jalinan sosial yang baharu dengan agensi luar.
Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Program dijalankan di Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kampung Banggol.
• Dijalankan selama 3 jam bermula pada pukul 10.00 pagi dan berakhir pada pukul 1.00 petang.
• Komuniti yang hadir ke PEDi memberikan kerjasama yang baik dengan mematuhi segala SOP yang telah ditetapkan. Seramai 20 orang komuniti telah hadir ke program ini.
• Sedikit jamuan ringan turut disediakan untuk staf KWSP yang hadir.
• Program berakhir dengan acara penyampaian cenderahati dan sesi bergambar bersama staf KWSP.
Kelebihan Aktiviti :
• Memberi pendedahan tentang kepelbagaian fungsi PEDi kepada komuniti setempat.
• Masalah komuniti berkenaan dengan kekangan kenderaan untuk berkunjung sendiri ke pejabat KWSP bagi menyelesaikan sebarang urusan KWSP dapat diatasi.
• Komuniti setempat dapat berurusan dengan staf KWSP dengan lebih mudah dan cepat.
Nama VIP :
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :