TAYANGAN VIDEO DAN KLIK DENGAN BIJAK

Aktiviti terkini |21 Januari 2023

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia - PEDi Kampung Banggol

Ringkasan Aktiviti :
• Tayangan video bermoral yang bertajuk ‘Mentaati Ibu Bapa’. Intipati video tentang kepentingan mentaati ibu bapa dan kesan jika sebaliknya.
• Topik yang difokuskan adalah ketaatan kepada ibu bapa termasuk larangan dan had masa penggunaan telefon bimbit di rumah.
• Jika larangan had masa penggunaan telefon bimbit di rumah tidak dituruti oleh anak-anak, mereka berisiko terdedah kepada masalah internet terutama masalah terlebih kongsi yang juga boleh membawa kepada masalah lain seperti hendap siber.



Tujuan Aktiviti :
• Mengaplikasikan visi dan misi Klik Dengan Bijak semasa melayari internet menggunakan telefon bimbit di rumah.
• Menyediakan platform pembelajaran kepada masyarakat untuk meningkatkan lagi pengetahuan tentang penggunaan internet dengan selamat.
• Melahirkan generasi yang lebih berhati-hati dalam melayari dunia di hujung jari.
• Menyediakan suatu aktiviti berfaedah ketika cuti persekolahan.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Program ini dijalankan di Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kampung Banggol.
• Program dimulakan pada pukul 10.00 pagi dan berakhir pada pukul 11.30 pagi.
• Tayangan video yang bertajuk ‘Mentaati Ibu Bapa’ dimulakan selepas pendaftaran peserta.
• Perkaitan antara video ‘Mentaati Ibu Bapa’ dengan topik klik dengan bijak iaitu masalah terlebih kongsi akibat dari tidak mendengar larangan ibu bapa tentang had masa penggunaan telefon bimbit di rumah dijelaskan secara ringkas dan mudah difahami.
• Sesi soal jawab juga turut diadakan sebagai penanda aras kefahaman peserta tentang apa yang telah dijelaskan.
• Program berakhir dengan sesi bergambar dan penyampaian cenderahati kepada setiap peserta.

Kelebihan Aktiviti :
• Program Klik Dengan Bijak dapat disebar luas kepada semua pelajar terutamanya.
• Memberi pendedahan tentang perlunya ketaatan kepada larangan ibu bapa tentang had penggunaan telefon bimbit di rumah bagi mengelak dari sebarang masalah internet.
• Peserta dapat mengetahui tentang faedah dari mentaati ibu bapa bukan sahaja dapat mendidik sahsiah diri malahan juga dapat menghindarkan diri dari masalah internet umumnya kerana anak-anak kini amat mudah terdedah dengan masalah dunia maya kerana penggunaan telefon bimbit yang berlebihan.
• Para peserta dapat memahami kenapa wujudnya larangan daripada ibu bapa tentang penggunaan telefon bimbit yang berlebihan di rumah terutama sekali ketika waktu cuti persekolahan.

Nama VIP :


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :