PROGRAM LET’S EXPERIMENTS DAN PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK (KDB)

Aktiviti terkini |22 Julai 2023

Tempat Aktiviti:
PEDi Kampung Banggol

Ringkasan Aktiviti :
• PEDi Kampung Banggol telah Program Let’s Experiments dan Program Klik Dengan Bijak (KDB) yang bertempat di PEDi Kampung Banggol.
• Seramai 10 orang pelajar sekolah rendah telah menyertai program ini.
• Program ini bermula dari pukul 10.00 pagi dan berakhir pada pukul 1.30 petang.
• Pada permulaan program, para peserta diberikan pengenalan secara ringkas tentang Klik Dengan Bijak merangkumi topik melayari internet dengan cara yang selamat serta penerangan tentang kemudahan yang terdapat di sini.
• Setelah itu para peserta diberikan penerangan tentang dua eksperimen yang akan dijalankan iaitu ’Flower Blooming’ dan ’Robotic Hand’.
• Cenderahati turut disediakan kepada setiap peserta sebagai tanda penghargaan.



Tujuan Aktiviti :
• Memperkenalkan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) kepada komuniti setempat yang belum mengenali dan mengetahui tentang fungsi PEDi.
• Mengadakan suatu program sebagai program wajib bulanan yang perlu diadakan oleh staf PEDi.
• Menyemai minat peserta ke arah Sains dan teknologi.
• Mewujudkan satu landasan kepada peserta untuk mengaplikasikan sains dan teknologi dalam kehidupan seharian.
• Melatih peserta untuk berfikir secara kreatif dan inovatif dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan.
• Memberi pendedahan mengenai bahaya internet serta langkah-langkah keselamatan untuk melayari internet melalui program Klik Dengan Bijak.
• Menggalakkan keahlian baru daripada pelajar yang berminat untuk menjadi ahli PEDi.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Program dijalankan di PEDi Kampung Banggol.
• Dijalankan selama 3 jam dan 30 minit bermula pada pukul 10.00 pagi dan berakhir pada pukul 1.30 petang.
• Peserta diberikan pengenalan secara ringkas tentang Klik Dengan Bijak merangkumi topik melayari internet dengan cara yang selamat serta penerangan tentang kemudahan yang terdapat di sini.
• Setelah itu para peserta diberikan penerangan tentang dua eksperimen yang akan dijalankan iaitu ’Flower Blooming’ dan ’Robotic Hand’.
• Eksperimen sains dimulakan dengan eksperimen ’Flower Blooming’. Peserta diberikan semua alatan yang perlu termasuklah bekas untuk mengisi air, bunga kertas serta gunting. Eksperimen ini adalah bertujuan untuk menerangkan secara ringkas tentang proses kertas menyerap air dan membolehkan lipatan kelopak bunga ditolak oleh air yang menyerap pada kertas dan seterusnya membolehkan kelopak bunga tersebut terbuka.
• Program diteruskan dengan eksperimen yang kedua iaitu ’Robotic Hand’. Peserta diberikan kotak terpakai, gunting, pensil, penyedut minuman, benang dan gam panas. Eksperimen ini pula bertujuan untuk memberikan penerangan ringkas tentang anatomi tangan serta bagaimana ia berfungsi dan sekaligus meningkatkan kemampuan motor halus peserta.
• Semua peserta diberikan sedikit cenderahati sebagai tanda penghargaan.

Kelebihan Aktiviti :
• Pendedahan tentang kepelbagaian fungsi PEDi kepada masyarakat setempat terutama sekali para pelajar dapat diberikan.
• Memastikan para pelajar dapat melayari internet dengan cara yang selamat serta dapat mengelakkan diri dari berdepan dengan risiko bahaya internet.
• Menerapkan minat peserta kepada sains dan teknologi yang seterusnya dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian.
• Menambahkan ilmu pengetahuan peserta tentang sains dan teknologi melalui eksperimen ringkas yang mudah difahami.
• Melatih peserta untuk berfikir di luar kotak secara kreatif dan inovatif.

Nama VIP :
• Tiada

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :