PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK (KDB)
Aktiviti terkini |4 Jun 2023Tempat Aktiviti:
SM Imtiaz, Setiu Terengganu
Ringkasan Aktiviti :
• Pada 04 Jun 2023, PEDi Kampung Banggol telah bekerjasama dengan PEDi Kampung Fikri untuk mengadakan program Advokasi Klik Dengan Bijak yang bertempat di Sekolah Menengah Imtiaz, Setiu Terengganu.
• Seramai 200 orang pelajar iaitu pelajar dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5 telah menyertai program ini.
• Program ini bermula dari pukul 11.00 pagi dan berakhir pada pukul 1.00 petang.
• Pada permulaan program, para pelajar diberi pengenalan mengenai PEDi serta penerangan tentang kemudahan yang terdapat di sini.
• Para pelajar juga telah diberi pendedahan mengenai cara untuk melayari internet dengan cara yang betul dan selamat termasuk 3 risiko utama yang mereka akan hadapi jika melayari internet iaitu Cyber Bullying, Cyber Stalking dan Cyber Grooming.
• Setiap kali tajuk utama berakhir, para pelajar akan diberikan beberapa soalan untuk memastikan mereka faham tentang topik yang disampaikan.
• Cenderahati turut disediakan kepada pelajar yang dapat menjawab dengan betul.
• Diharapkan agar program sebegini akan dapat diteruskan dan dilaksanakan di setiap sekolah bagi memastikan para pelajar dapat melayari internet dengan cara yang selamat serta dapat mengelakkan diri daripada berdepan dengan risiko bahaya internet.
Tujuan Aktiviti :
• Memperkenalkan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) kepada komuniti setempat yang belum mengenali dan mengetahui tentang fungsi PEDi.
• Mengadakan suatu program sebagai program wajib bulanan yang perlu diadakan oleh staf PEDi.
• Melatih staf PEDi dalam melaksanakan serta menguruskan suatu program dan mendapatkan pengalaman yang sewajarnya dari program yang telah diadakan.
• Membina jalinan sosial dengan para guru dan pelajar di sekolah berdekatan PEDi.
• Memberi pendedahan mengenai bahaya internet serta langkah-langkah keselamatan untuk melayari internet.
• Menggalakkan keahlian baru daripada pelajar yang berminat untuk menjadi ahli PEDi.
Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Program dijalankan di Sekolah Menengah Imtiaz, Setiu, Terengganu.
• Dijalankan selama 4 jam bermula pada pukul 11.00 pagi dan berakhir pada pukul 1.00 petang.
• Pelajar diberi pengenalan tentang PEDi serta penerangan tentang kemudahan yang terdapat di sini. Para pelajar juga diberi pendedahan mengenai cara untuk melayari internet dengan cara yang betul dan selamat termasuk 3 risiko utama yang mereka akan hadapi jika melayari internet iaitu Cyber Bullying, Cyber Stalking dan Cyber Grooming.
• Beberapa soalan diberikan di akhir setiap topik risiko internet dan cenderahati diberikan kepada pelajar yang berjaya menjawab soalan tersebut.
Kelebihan Aktiviti :
• Pendedahan tentang kepelbagaian fungsi PEDi kepada masyarakat setempat terutama sekali para pelajar dapat diberikan.
• Staf PEDi dapat menimba ilmu dan pengalaman dalam pengurusan program yang diadakan di luar PEDi.
• Jalinan sosial yang baharu dapat diwujudkan dan silaturrahim dapat dieratkan lagi antara staf PEDi dengan guru-guru dan pelajar sekolah.
• Memastikan para pelajar dapat melayari internet dengan cara yang selamat serta dapat mengelakkan diri dari berdepan dengan risiko bahaya internet.
Nama VIP :
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :