KELAS MEMBUAT SABUN CUCI PINGGAN ORGANIK

Aktiviti terkini |11 Mac 2023

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia - PEDi Kampung Banggol

Ringkasan Aktiviti :
• Kelas keusahawanan membuat sabun cuci pinggan organik yang dijalankan khusus buat komuniti setempat yang diterajui oleh Puan Zuraidah, salah seorang usahawan bimbingan Perkhidmatan E-Dagang Setempat (PeDAS).



Tujuan Aktiviti :
• Memperkenalkan kepelbagaian fungsi Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kampung Banggol kepada komuniti setempat.
• Mewujudkan kelas keusahawanan kepada komuniti.
• Memberi peluang kepada komuniti setempat dalam mendapatkan ilmu baharu yang berpotensi untuk dijadikan sebagai sumber pendapatan sampingan.
• Menjalin jaringan sosial sesama masyarakat

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Program dijalankan di Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kampung Banggol.
• Dijalankan selama 2 jam bermula pada pukul 10.00 pagi dan berakhir pada pukul 12.00 tengah hari.
• Komuniti yang hadir ke PEDi memberikan kerjasama yang baik dengan mematuhi segala SOP yang telah ditetapkan. Seramai 10 orang komuniti telah hadir ke program ini.
• Sedikit jamuan ringan turut disediakan untuk semua yang hadir.

Kelebihan Aktiviti :
• Memberi pendedahan tentang kepelbagaian fungsi PEDi kepada komuniti setempat.
• Komuniti setempat berpeluang untuk mendapatkan ilmu baharu yang berpotensi dijadikan sebagai sumber pendapatan sampingan.
• Komuniti setempat dapat belajar dan mengajukan soalan berkaitan secara langsung tentang proses pembuatan sabun cuci pinggan organik.

Nama VIP :


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :