KUIZ KEMERDEKAAN 2023

Aktiviti terkini |19 Ogos 2023

Tempat Aktiviti:
PEDi Kampung Banggol

Ringkasan Aktiviti :
• Program ini merupakan program yang diadakan sempena bulan kemerdekaan negara Malaysia.
• Program ini terbuka kepada semua pelajar sekolah rendah.
• Kuiz yang diberikan adalah melalui platform atas talian iaitu Quizwhizzer.
• Kuiz ini terdiri dari 20 soalan yang berkisar tentang kemerdekaan negara Malaysia.



Tujuan Aktiviti :
• Memupuk dan menyemarakkan semangat patriotisme di dalam jiwa peserta terutamanya kanak-kanak supaya terus kekal hingga dewasa.
• Menerapkan semangat dan rasa untuk menghargai jasa dan pengorbanan pejuang-pejuang kemerdekaan negara terdahulu.
• Memberi pendedahan tentang cara untuk meraikan pencapaian negara pada masa kini.
• Membantu meningkatkan imej negara dalam tahap kehidupan yang lebih baik.
• Memupuk keazaman dalam diri setiap peserta untuk mempertahankan kemerdekaan negara kita sampai bila-bila.
• Meningkatkan jati diri rakyat Malaysia melalui penghayatan nilai kemerdekaan negara.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Program berlangsung di PEDI Kampung Banggol.
• Dijalankan selama 1 jam 30 minit bermula dari pukul 11.30 pagi sehingga 1.00 petang.
• Program dimulakan dengan pendaftaran peserta dan penerangan ringkas tentang program yang berlangsung.
• Kuiz dimulakan setelah semua peserta faham tentang cara untuk menjawab kuiz tersebut.
• Pemenang dipilih melalui kepantasan dalam memberi jawapan serta jumlah markah yang diperoleh.
• 3 pemenang utama dipilih sebagai juara, naib juara dan tempat ketiga. Manakala lain-lain peserta adalah penerima saguhati.
• Program berakhir dengan penyampaian hadiah kepada semua peserta dan sesi bergambar dengan semua peserta.

Kelebihan Aktiviti :
• Menjadikan salah satu cara untuk memupuk dan menyemarakkan semangat patriotisme di dalam jiwa peserta terutamanya kanak-kanak supaya terus kekal hingga dewasa.
• Semangat dan rasa untuk menghargai jasa dan pengorbanan pejuan-pejuang kemerdekaan negara terdahulu dapat diterapkan dalam diri peserta.
• Memberi pendedahan tentang cara untuk meraikan pencapaian negara pada masa kini.
• Keazaman dalam diri setiap peserta untuk mempertahankan kemerdekaan negara kita sampai bila-bila dapat dipupuk sedari dari kecil.
• Meningkatkan jati diri rakyat Malaysia melalui penghayatan nilai kemerdekaan negara.
• Meningkatkan pengetahuan tentang sejarah kemerdekaan negara Malaysia.

Nama VIP :
• Tiada

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :