Program Sempena Bulan Kemerdekaan - Tayangan dan Kuiz

23 Ogos 2014 | Sabtu

Program Tayangan dan Kuiz Kemerdekaan ini dipilih sebagai Aktiviti Bulanan di Pi1M kami kerana ia dapat menyemarakkan semangat patriotisme dan memupuk semangat cintakan tanah air dalam kalangan peserta. Tayangan yang diambil daripada sumber Youtube iaitu cerita Upin dan Ipin dengan tajuk Kami 1 Malaysia menambahkan lagi minat para peserta untuk menyertai program ini. Tayangan cerita ini dijalankan selama hampir 30 minit dan diikuti dengan kuiz berkisarkan cerita Upin dan Ipin tersebut dan berkaitan dengan sejarah kemerdekaaan negara Malaysia. Kami juga turut memberi soalan berkaitan Jalur Gemilang, Jata Negara dan Perdana Menteri Malaysia untuk menguji pengetahuan para peserta. Sambutan yang diberikan oleh para peserta amat menggalakkan memandangkan kami turut menyediakan hadiah berupa hamper dan hadiah saguhati kepada peserta yang berjaya menjawab soalan kuiz paling banyak dengan betul dan tepat. Selain dapat memberi pengetahuan kepada para peserta, kami juga berkongsi mengenai sejarah kemerdekaan merdeka; bagaimana negara Malaysia mendapat kemerdekaan dan bagaimana penderitaan pemerintah terdahulu berkorban untuk mendapatkan kemerdekaan negara.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti Tayangan dan Kuiz ini dijalankan: