Pertandingan Membuat Kad Ucapan Hari Guru Paling Kreatif

15 Mei 2016 | Sabtu

Bersempena dengan sambutan Hari Guru yang diadakan pada 16 Mei setiap tahun, PI1M Kg. Banggol telah mengadakan pertandingan membuat kad ucapan hari guru pada 15 mei 2016 yang lepas. pertandingan ini terbuka kepada pelajar sekolah rendah dan menengah rendah. pertandingan ini memberi peluang kepada para pelajar untuk menghasilkan kad ucapan hari guru mengikut kreativiti sendiri untuk diberikan kepada guru tersayang. Mengambil masa selama 2 jam, pertandingan ini mendapat sambutan yang agak menggalakkan. Setiap peserta diberi masa selama 15 minit untuk mencari idea melalui laman sesawang dan Youtube sebelum pertandingan dimulakan. Mereka dibekalkan dengan peralatan berkaitan seperti kertas warna, pen, gunting dan sebagainya oleh PI1M Kg. Banggol. Setiap peserta kelihatan bersemangat menghasilkan kad mengikut kreativiti masing-masing. Pemenang diadili berdasarkan kekemasan, keaslian idea dan ucapan yang ditujukan kepada guru didalam kad tersebut. Melalui program ini, masing-masing berjaya menonjolkan kualiti yang ada dalam diri mereka, mencungkil bakat dan memupuk keyakinan diri masing-masing. Program seperti ini juga mampu menyeimbangkan emosi dan minda pelajar yang sudah sarat dengan sistem pendidikan di sekolah.

Berikut adalah gambar sepanjang program ini dijalankan:



kembali ke halaman utama