PERTANDINGAN SILANG KATA – SIMPULAN BAHASA


25 November 2016 | Jumaat

Pelaksanaan Program

Pada 25 November 2016 iaitu hari Jumaat lepas, PI1M Kg. Banggol telah mengadakan satu pertandingan teka silang kata kepada ahli-ahli PI1M Kg. Banggol yng terdiri daripada pelajar sekolah rendah tahap 2 dan menengah rendah. Aktiviti kali ini memerlukan peserta untuk mencari simpulan bahasa yang tersembunyi didalam silang kata tersebut. Pertandingan tersebut bermula pada pukul 10.30 dan berakhir pada pukul 11.00 pagi dengan penyertaan seramai 13 orang peserta. Pemenang diadili berdasarkan jumlah simpulan bahasa yang paling banyak ditemui pada silang kata. Program ini dapat memberi pendedahan dan maklumat kepada para peserta mengenai pelbagai simpulan bahasa yang terdapat dalam bahasa ibunda kita. Diharapkan aktiviti sebegini mampu memberi manfaat yang bukan sedikit kepada semua peserta kerana mereka bukan sahaja dapat memahirkan diri dengan penggunaan asas komputer tetapi juga dapat menajamkan ilmu pengetahuan mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang program ini dijalankan:



Kembali ke halaman utama