PROGRAM ADVOKASI (KDB)- PENGENALAN KOMPUTER


23 Oktober 2016 | Ahad

Kebaikan/ Kelebihan Program

• Melahirkan generasi celik it bermula peringkat akar umbi.
• Memberi pendedahan kepada pelajar mengenai pengenalan komputer.
• Menambahkan ilmu pengetahuan anak-anak pra sekolah mengenai teknologi seiring peredearan zaman
• Memastikan anak-anak pra sekolah luar bandar juga diberi pendedahan mengenai teknologi agar seiring pengetahuan masyarakat luar bandar sebaya mereka.
• Mewar-warkan perkhidmatan yang disediakan di PI1M.
• Merapatkan silaturrahim dan mewujudkan kerjasama antara guru-guru.

Berdasarkan maklumat awal daripada guru-guru mereka, pihak PI1M difahamkan bahawa kebayakan peserta berasal dari golongan kurang berkemampuan dan tidak terdedah kepada teknologi maklumat dan peredaran teknologi semasa. Oleh itu, PI1M Kg Banggol telah mengambil keputusan untuk mengadakan tayangan slide serta video serta penerangan mengenai pengenalan asas komputer kepada para pelajar.

Sewaktu program penerangan dan tayangan video, kesemua peserta memberikan sambutan yang menggalakkan. Kesemuanya memberi respon positif untuk setiap soalan yang diajukan. Ternyata mereka mempunyai keyakinan diri yang tinggi serta mempunyai iq yang cerdas. Selesai sesi tayangan, kami menyediakan beberapa soalan mengenai komponen komputer seperti yang telah diajar. Setiap peserta yang menjawab soalan dengan betul telah diberikan hadiah.

Para peserta juga diajar cara memegang dan menggunakan tetikus dengan betul. Sebagai latihan, selepas sesi tayangan dan soal jawab, mereka telah diberi peluang untuk mewarna lukisan di skrin komputer. Kemahiran menggunakan tetikus sangat penting untuk aktiviti ini.Walaupun kebanyakan daripada mereka tidak pernah menggunakan komputer dan memegang tetikus, namun melalui penerangan dari pihak kami, mereka kelihatan tidak kekok memegang tetikus dan kelihatan teruja mearna lukisan masing-masing.

Program yang mengambil masa selama 2 jam ini dihadiri seramai 34 orang peserta dengan diiringi 4 orang guru pengiring. Semua peserta kelihatan teruja dan meluahkan perassan gembira dan seronok sepanjang aktiviti ini diadakan. Aktiviti bersama Tadika KEMAS ini merupakan aktiviti yang julung kalinya diadakan dan PI1M Kg. Banggol berharap agar kerjasama ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang untuk manfaat bersama.

Berikut adalah gambar sepanjang program ini dijalankan:



Kembali ke halaman utama