PERTANDINGAN ‘SMART DART’

Aktiviti terkini | 23 September 2017

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet 1Malaysia Kg Banggol

Tujuan Aktiviti :
Pada 23 September 2017, PI1M Kg. Banggol telah mengadakan satu pertandingan yang diberi nama ‘Smart Dart’. Pertandingan ini terbuka kepada semua ahli Pi1M Kg. Banggol yang masih bersekolah. Pertandingan ini dilakukan secara berkumpulan. Setiap kumpulan dibahagikan kepada 5 orang dan setiap orang harus membaling dart dan menjawab soalan. Peserta dibenarkan berbincang bersama ahli kumpulan. Setiap balingan dart akan menentukan jumlah markah yang akan diperolehi untuk setiap soalan yang berjaya dijawab dengan tepat. Soalan adalah berdasarkan isu semasa dan mengenai teknologi maklumat. Dalam aktiviti kali ini, seramai 30 orang perserta yang terlibat iaitu sebanyak 6 kumpulan. Pemenang dikira berdasarkan jumlah markah tertinggi. Semua peserta kelihatan gembira dan teruja sepanjang aktiviti ini diadakan. Diharapakan agar aktiviti sebegini terus mendapat penyertaan masyarakat sekitar bukan sahaja para pelajar malah golongan dewasa dan ibu bapa.

Kelebihan Aktiviti :
• Menguji pengetahuan ahli PI1M mengenai isu semasa
• Menguji pengetahuan ahli PI1M Kg. Banggol mengenai ICT
• Mengeratkan hubungan antara sesama ahli dan staff PI1M Kg. Banggol
• Menyemai semangat bekerjasama antara sesama kumpulan

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :