PROGRAM ADVOKASI DI SMK PENAREK

Aktiviti terkini | 08 Februari 2018

Tempat Aktiviti:
Sekolah Menengah Kebangsaan Penarek

Tujuan Aktiviti :
Program ini merupakan kerjasama antara PI1M Kg. Banggol dan PI1M Kg. Fikri. Seramai 427 orang pelajar menyertai program yang dijalankan terdiri daripada para pelajar tingkatan 1 hingga 6. Program advokasi ini bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir tepat pukul 10.40 pagi. Para pelajar di beri pendedahan mengenai PI1M dan kemudahan yang disediakan disini. Selain itu, para pelajar diberi penerangan mengenai tiga bahaya utama di internet iaitu Cyber stalking, Cyber bullying dan Cyber grooming. Para pelajar diberikan beberapa soalan untuk setiap sesi bagi memastikan mereka mendapat kefahaman yang jelas. Cenderahati turut disediakan.

Kelebihan Aktiviti :
• Memberi pendedahan kepada pelajar terlibat mengenai program Klik Dengan Bijak dan E-Waste
• Memberi pendedahan mengenai bahaya internet dan langkah-langkah keselamatan
• Memperkenalkan Pusat Internet 1Malaysia kepada para pelajar serta kemudahan yang disediakan di pusat internet
• Memberi makluman tentang program dan kelas ICT yang dijalankan di pusat internet kepada para pelajar

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :