‘HAVE FUN WITH INTERNET’

Aktiviti terkini | 15 Mei 2019

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Kg Banggol

Ringkasan Aktiviti :
Untuk program bulan Mei, Pusat Internet Kampung Banggol telah berkolaborasi dengan tenaga pengajar Tabika Kemas Kampung Banggol untuk mengadakan program ”Have Fun With Internet” bertempat di Pusat Internet Kampung Banggol. Program ini berlangsung pada 15 Mei 2019 dan melibatkan seramai 35 orang pelajar dari Tadika Kemas Kampung Banggol yang berumur diantara 4 tahun sehingga 6 tahun. Program ini bermula dari jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengah hari. Program ”Have Fun With Internet” merupakan program yang merangkumi 3 aktiviti iaitu Pengenalan Kepada Asas ICT, Gubahan Tuala Kecil dan ”Making Fun Sandwich”. Bagi aktiviti pertama iaitu Pengenalan Kepada Asas ICT, peserta telah didedahkan dengan komponen-komponen asas komputer serta fungsinya. Peserta juga dapat mempelajari fungsi-fungsi yang terdapat dalam internet. Aktiviti kedua pula iaitu Gubahan Tuala Kecil, yang mana peserta dikehendaki menggubah tuala kecil menjadi sebagai patung beruang. Tutorial bagi gubahan tersebut ditunjukkan menggunakan perisian You Tube serta ditunjukkan oleh staf internet secara treperinci. Manakala aktiviti yang terakhir ialah ”Making Fun Sandwich”, yang mana peserta dikehendaki menghias roti sandwich menggunakan bahan-bahan yang telah disediakan mengikut kreativiti masing-masing. Pelbagai kreativiti yang ditunjukkan oleh setiap peserta. Para peserta dapat membawa pulang semua bahan yang digunakan semasa program dijalankan. Diharapkan program sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang untuk memastikan generasi muda peka dengan perkembangan semasa terutamanya mengenai internet yang sentiasa membangun saban tahun

Tujuan Aktiviti :
• Untuk memberi pengenalan terhadap ICT kepada para peserta pada peringkat awal
• Untuk melatih pelajar untuk berfikir secara kreatif dan kritis dalam menjalankan tugasan

Kelebihan Aktiviti :
• Peserta dapat mengenalpasi komponen-komponen yang terdapat pada komputer serta fungsi komponen tersebut.
• Dapat melatih peserta supaya berfikir secara kreatif dan kritis dalam menjalankan sesuatu tugasan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :