GOTONG-ROYONG & BERCUCUK TANAM

Aktiviti terkini | 27 September 2019

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Kg Banggol

Ringkasan Aktiviti :
Pada 27 September 2019 bersamaan dengan hari Jumaat, Pusat Internet Kampung Banggol telah mengadakan program ”Gotong Royong & Bercucuk Tanam”, bertempat di Pusat Internet Kampung Banggol. Seramai 17 orang peserta telah menyertai program ini. Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk melatih para peserta terutamanya golongan kanak-kanak hingga remaja supaya menghargai alam sekitar. Disamping itu, program ini diadakan adalah untuk membersih serta menceriakan lagi kawasan pusat internet dengan hasil tanaman peserta. Aktiviti dimulakan dengan gotong-royong di kawasan sekitar tanaman. Semua peserta masing-masing bersemangat membersih di kawasan tersebut. Kemudian, peserta diberikan beberapa biji benih untuk ditanam. Antara tanaman yang ditanam pada hari tersebut ialah kangkung, selasih, cili, bayam, tauge, ulam-ulaman dan lengkuas.

Tujuan Aktiviti :
• Memupuk semangat cintakan alam sekitar dalam kalangan peserta
• Melatih sikap kerjasama diantara peserta
• Mewujudkan persekitaran yang cantik, menarik dan selamat

Kelebihan Aktiviti :
• Dapat memupuk semangat cintakan alam sekitar dalam kalangan peserta
• Dapat melatih sikap kerjasama diantara peserta
• Dapat mewujudkan persekitaran yang cantik, menarik dan selamat

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :