SAMBUTAN KEMERDEKAAN 2020 (MEWARNA DAN MEMASANG BENDERA)

Aktiviti terkini | 28 Ogos 2020

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Kampung Banggol

Tujuan Aktiviti :
• Memenuhi KPI yang ditetapkan oleh pihak SKMM iaitu pusat internet perlu menjalankan 1 program pada setiap bulan.
• Memupuk dan membina semangat patriotisma dalam diri setiap peserta bermula dari peringkat akar umbi.
• Menghayati nilai-nilai kemerdekaan.
• Menghargai setiap pengorbanan mereka yang telah memperjuangkan kemerdekaan negara.

Kelebihan Aktiviti :
• Dapat memupuk semangat patriotik atau cintakan negara. Peserta akan menghayati hari kemerdekaan tersebut dengan lebih bermakna melalui penglibatan dan penyertaan mereka dalam sambutan kemerdekaan.
• Dapat menghargai dan mengenang jasa pejuang kemerdekaan negara. Para peserta akan lebih memahami dan menghayati pengorbanan serta perjuangan para pejuang kemerdekaan negara kita suatu masa dahulu.
• Dapat mengukuhkan jati diri rakyat Malaysia terutamanya dalam kalangan generasi muda supaya sikap suka mengagung-agungkan budaya Barat yang amat bertentangan sekali dengan norma masyarakat Timur dapat dikikis.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :