WORD SEARCH DAN JIGSAW PUZZLE

Aktiviti terkini | 3 Disember 2020

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Kampung Banggol

Tujuan Aktiviti :
• Memenuhi KPI yang ditetapkan oleh pihak SKMM iaitu pusat internet perlu menjalankan 1 program pada setiap bulan.
• Menambah perbendaharaan kata bagi subjek Bahasa Inggeris para pelajar.
• Melatih tahap ketelitian pelajar melalui penyusunan semula keratan gambar yang telah dileraikan.
• Mengisi masa lapang pelajar pada musim cuti persekolahan dengan satu program yang berfaedah dan membina.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Pendaftaran peserta dilakukan terlebih dahulu pada jam 2.45 petang. Peserta dikehendaki menulis nama dan suhu badan peserta diambil oleh petugas pusat internet yang bertugas. Ini merupakan sebahagian daripada SOP yang perlu dipatuhi oleh peserta sempena norma baharu.
• Program dimulakan pada pukul 3.00 petang dengan penerangan ringkas tentang program yang akan diadakan.
• Sesi pertama dimulakan dengan program ’Word Search Online’ dan jika pelajar mendapati perkataan yang terdapat dalam kuiz tersebut tidak diketahui maksudnya, mereka perlu mencari maksud perkataan tersebut di ’Google Translate’ yang bertujuan untuk menambah perbendaharaan kata bagi subjek Bahasa Inggeris.
• Sesi kedua diteruskan dengan program ’Jigsaw Puzzle Online’ yang mana para pelajar dikehendaki menyusun semula keratan gambar yang telah dileraikan menjadi sebuah gambar yang sempurna.
• Program berakhir dengan pengagihan sedikit buah tangan sebagai tanda penghargaan kepada pelajar kerana telah memberi kerjasama yang baik dan sudi menghadiri program yang telah dilaksanakan oleh Pusat Internet kampung Banggol.

Kelebihan Aktiviti :
• Dapat menambah perbendaharaan kata bagi subjek Bahasa Inggeris para pelajar.
• Dapat menerapkan sifat teliti dalam diri pelajar.
• Dapat mengisi masa lapang pelajar pada musim cuti persekolahan dengan satu program yang berfaedah dan membina.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :