TEAM DYNAMIC & REFRESHER PROGRAM

Aktiviti terkini | 21 - 22 Julai 2020

Tempat Aktiviti:
De Rhu Beach Resort, Kuantan Pahang

Tujuan Aktiviti :
• Memenuhi KPI yang ditetapkan oleh pihak SKMM yakni setiap staf baharu Pusat Internet wajib menghadiri kursus yang dianjurkan samada oleh pihak CCM atau pun SKMM.
• Memberi peluang kepada staf baharu untuk mengenali sesama mereka dan juga untuk membina ‘network’ dengan staf pusat internet yang lain.
• Sebahagian daripada persiapan diri untuk bekerja di Pusat Internet.
• Mempelajari ilmu baharu yang diberikan oleh trainer disamping menimba pengalaman berharga bekerjasama di dalam kumpulan bersama staf Pusat Internet yang lain di dalam menyiapkan tugasan diberikan.

Kelebihan Aktiviti :
• Dapat menimba ilmu pengetahuan baharu daripada perkongsian daripada ‘trainer’ dan juga sesama rakan staf Pusat Internet
• Merupakan satu medium untuk mengenali staf baharu daripada Pusat Internet berlainan dengan lebih dekat
• ‘Performance’ Pusat Internet dibentangkan secara lansung dan staf boleh melihat prestasi pusat internet masing-masing
• Salah satu cabang untuk membina ‘network’ yang lebih baik di antara staf serta dapat bertukar-tukar buah fikiran di antara satu sama lain

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :