KREATIVITI ORIGAMI

Aktiviti terkini | 27 November 2020

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Kampung Banggol

Tujuan Aktiviti :
• Memenuhi KPI yang ditetapkan oleh pihak SKMM iaitu pusat internet perlu menjalankan 1 program pada setiap bulan.
• Memperkenalkan ilmu baharu kepada pelajar.
• Melatih daya kreativiti pelajar dalam berkaitan dengan seni origami.
• Melatih tahap kepekaan pelajar dalam memahami setiap langkah pembuatan untuk menyiapkan sesuatu origami.
• Melatih tahap ketelitian pelajar dalam menghasilkan sesuatu seni pembuatan.
• Mengisi masa lapang pelajar di hujung minggu dengan satu program yang berfaedah dan membina.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Pendaftaran peserta dilakukan terlebih dahulu pada jam 2.30 petang. Peserta dikehendaki menulis nama dan suhu badan peserta diambil oleh petugas pusat internet yang bertugas. Ini merupakan sebahagian daripada SOP yang perlu dipatuhi oleh peserta sempena norma baharu.
• Program dimulakan pada pukul 3.00 petang dengan penerangan ringkas tentang program yang akan diadakan.
• Satu video tentang pembuatan origami terpilih ditontonkan kepada pelajar.
• Pelajar diberi masa selama 15 minit untuk memahami langkah-langkah menyiapkan origami tersebut.
• Pelajar diberi alatan yang diperlukan seperti kertas warna, gunting, gam, pembaris dan pensil.
• Apabila pelajar sudah mendapat semua alatan yang diperlukan, pelajar boleh memulakan langkah pertama pembuatan sehingga selesai.
• Program berakhir dengan pengagihan sedikit buah tangan sebagai kenang-kenangan dan penghargaan kepada pelajar kerana telah memberi kerjasama yang baik dan sudi menghadiri program yang telah dilaksanakan oleh Pusat Internet kampung Banggol.

Kelebihan Aktiviti :
• Dapat memperkenalkan ilmu baharu kepada pelajar.
• Dapat menerapkan sifat teliti dalam diri pelajar.
• Dapat menilai daya kreativiti pelajar dalam memahami langkah-langkah pembuatan sesuatu origami.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :