FUN LEARNING MICROBIT 1

Aktiviti terkini | Sepanjang Oktober 2020

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Kampung Banggol

Tujuan Aktiviti :
• Memenuhi KPI yang ditetapkan oleh pihak SKMM iaitu pusat internet perlu menjalankan 1 program pada setiap bulan.
• Memperkenalkan ilmu baharu kepada pelajar.
• Melatih daya kreativiti pelajar dalam mengolah arahan yang diberi untuk dijadikan sebagai hasil pembelajaran.
• Melatih tahap kepekaan pelajar dalam memahami ilmu yang dikongsi dan melakukan cabaran yang diberi.
• Melatih tahap ketelitian pelajar dalam menghasilkan sesuatu dari setiap pengajaran dan pebelajaran.
• Mengisi masa lapang pelajar di hujung minggu dengan satu program yang berfaedah dan membina.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Pendaftaran peserta dilakukan terlebih dahulu pada jam 9.30 pagi. Peserta dikehendaki menulis nama dan suhu badan peserta diambil oleh petugas pusat internet yang bertugas. Ini merupakan sebahagian daripada SOP yang perlu dipatuhi oleh peserta sempena norma baharu.
• Program dimulakan pada pukul 10.00 pagi dengan penerangan ringkas tentang program yang akan diadakan.
• Program diteruskan dengan mengajar para pelajar bagaimana untuk mencipta akaun gmail yang merupakan pra syarat utama untuk menyertai program ini.
• Pelajar diajar dengan lebih lanjut dan terperinci tentang setiap pengajaran Microbit bermula dari pengajaran 1 sehingga pengajaran 10.
• Pelajar diterangkan tentang perolehan sijil yang mana setiap pelajar mestilah menghabiskan kesemua 10 pengajaran untuk mendapatkan sijil tersebut.
• Program berakhir dengan kejayaan 4 orang pelajar yang telah berjaya menghabiskan kesemua 10 pengajaran dalam tempoh program diadakan iaitu selama sebulan.

Kelebihan Aktiviti :
• Dapat memperkenalkan ilmu baharu kepada pelajar.
• Dapat memupuk dan menilai tahap kefahaman pelajar tentang ilmu yang dikongsi melalui cabaran yang diberikan pada setiap pengajaran.
• Dapat menilai daya kreativiti pelajar dalam mengolah arahan yang diberikan sepanjang program berlangsung.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :