MIV BERSAMA KOMUNITI 2020

Aktiviti terkini | 5 September 2020

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Kampung Fikri

Tujuan Aktiviti :
• Memenuhi KPI yang ditetapkan oleh pihak SKMM iaitu pusat internet perlu menjalankan 1 program pada setiap bulan.
• Memberi peluang kepada sukarelawan untuk saling kenal-mengenali antara satu sama lain supaya semangat kerjasama dalam pasukan dapat dipupuk.
• Meningkatkan ilmu pengetahuan tentang peranan sebenar sukarelawan dalam kalangan masyarakat supaya misi dan visi MIV dapat dicapai dengan jayanya.

Kelebihan Aktiviti :
• Dapat memupuk semangat kerja berpasukan antara sukarelawan dalam mencapai misi dan visi sebenar program MIV bersama komuniti.
• Mendapat pendedahan dengan lebih jelas tentang peranan MIV dalam kalangan masyarakat setempat agar ICT dapat dimanfaatkan pada tahap maksimum.
• Dapat menilai tahap kefahaman sukarelawan tentang program dan pendedahan yang telah diberikan melalui KUIZ MYCYBERGENIUS yang berpaksikan kepada pendedahan tentang ’Klik Dengan Bijak’.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :