PROGRAM ADVOKASI KAFETEEN BERSAMA LPPKN NEGERI TERENGGANU

Aktiviti terkini | 21 November 2021

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Figital Ekonomi Kampung Banggol (Google Meet)

Tujuan Aktiviti :
• Mengadakan satu platform jambatan ilmu untuk para remaja secara atas talian.
• Memberi pendedahan tentang penyakit jangkitan seksual dan HIV/AIDS dalam kalangan remaja.
• Mengadakan satu program untuk mengisi slot kerohanian untuk para remaja secara atas talian.
• Memperkenalkan satu aplikasi baharu iaitu aplikasi mobile KafeTeen.
• Memberi peluang kepada peserta untuk mengumpul sijil akademik.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Program dijalankan secara atas talian melalui aplikasi google meet.
• Dijalankan selama 2 jam bermula pada pukul 2.30 petang dan berakhir pada pukul 4.30 petang. Seramai 55 orang peserta telah menyertai program ini.
• Program dimulai dengan penerangan ringkas tentang aplikasi mobile KafeTeen.
• Program diteruskan dengan penerangan tentang definisi HIV dan AIDS yang diberikan secara ringkas tetapi mudah difahami.
• Senarai penyakit jangkitan seksual diterangkan bersama huraian yang lebih mendalam.
• Tanda-tanda atau symptom penyakit jangkitan seksual serta akibat penyakit jangkitan seksual juga turut diberikan.
• Quizwhizzer juga turut dijalankan pada slot terakhir program.
• Program diakhiri pada pukul 4.30 petang setelah selesai sesi bergambar dengan peserta.

Kelebihan Aktiviti :
• Memberi pendedahan tentang penyakit jangkitan seksual dan HIV/AIDS yang boleh berlaku.
• Definisi tentang HIV dan AIDS yang diberikan secara ringkas tetapi mudah difahami.
• Meningkatkan ilmu pengetahuan yang bermanfaat tentang tanda-tanda atau symptom serta akibat penyakit jangkitan seksual.
• Mengisi masa lapang peserta dengan slot kerohanian yang bermanfaat.
• Memberi peluang kepada peserta untuk mengumpul sijil dalam bidang kokurikulum.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :