PROGRAM ADVOKASI KAFETEEN BERSAMA LPPKN NEGERI TERENGGANU

Aktiviti terkini | 17 Oktober 2021

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Komuniti Kampung Banggol (Google Meet)

Tujuan Aktiviti :
• Mengadakan satu platform jambatan ilmu untuk para remaja secara atas talian.
• Memberi pendedahan tentang definisi tanggungjawab seksualiti dalam kalangan remaja.
• Mengadakan satu program untuk mengisi slot kerohanian untuk para remaja secara atas talian.
• Memperkenalkan satu aplikasi baharu iaitu aplikasi mobile KafeTeen.
• Memberi peluang kepada peserta untuk mengumpul sijil akademik.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Program dijalankan secara atas talian melalui aplikasi google meet.
• Dijalankan selama 2 jam bermula pada pukul 2.30 petang dan berakhir pada pukul 4.30 petang.
• Definisi tentang tanggungjawab seksualiti dalam kalangan remaja yang meliputi perasaan, emosi, emikiran, tingkah laku dan hubungan seksual.
• Huraian tentang prinsip-prinsip tanggungjawab seksualiti diberikan secara lebih mendalam.
• Quizwhizzer juga turut dijalankan pada slot terakhir program.
• Program diakhiri pada pukul 4.30 petang setelah selesai sesi bergambar.

Kelebihan Aktiviti :
• Memberi pendedahan tentang apakah yang sebenarnya dimaksudkan dengan tanggungjawab seksualiti.
• Definisi tentang tanggungjawab seksualiti dalam kalangan remaja yang meliputi perasaan, emosi, emikiran, tingkah laku dan hubungan seksual diberikan berserta huraian yang ringkas tetapi mudah difahami.
• Mengisi masa lapang peserta dengan slot kerohanian yang bermanfaat.
• Memberi peluang kepada peserta untuk mengumpul sijil dalam bidang kokurikulum.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :