PROGRAM ADVOKASI KAFETEEN BERSAMA LPPKN NEGERI TERENGGANU

Aktiviti terkini | 26 September 2021

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Komuniti Kampung Banggol (Google Meet)

Tujuan Aktiviti :
• Mengadakan satu platform jambatan ilmu untuk para remaja secara atas talian.
• Memberi pendedahan tentang definisi implikasi kehamilan dalam kalangan remaja.
• Mengadakan satu program untuk mengisi slot kerohanian untuk para remaja secara atas talian.
• Memperkenalkan satu aplikasi baharu iaitu aplikasi mobile KafeTeen.
• Memberi peluang kepada peserta untuk mengumpul sijil.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Program dijalankan secara atas talian melalui aplikasi google meet.
• Dijalankan selama 2 jam bermula pada pukul 2.30 petang dan berakhir pada pukul 4.30 petang.
• Definisi tentang implikasi kehamilan dalam kalangan remaja yang merangkumi objektif pembelajaran, sifat remaja, seksualiti, tingkahlaku yang membawa kepada risiko kehamilan dan abstinen.
• Definisi abstinen dihuraikan dengan lebih lanjut sebelum program berakhir.
• Kuiz kahoot juga turut dijalankan pada slot terakhir program.
• Program diakhiri pada pukul 4.30 petang setelah selesai sesi bergambar.

Kelebihan Aktiviti :
• Memberi pendedahan tentang risiko kehamilan jika terlibat dalam hubungan seksual tanpa perlindungan.
• Memberi definisi sebenar seksualiti iaitu meliputi perasaan,emosi, pemikiran,tingkah laku,dan hubungan seksual antara wanita dan lelaki.
• Memberi pendedahan tentang risiko kehamilan tanpa ikatan perkahwinan.
• Mengisi masa lapang peserta dengan slot kerohanian yang bermanfaat.
• Memberi peluang kepada peserta untuk mengumpul sijil dalam bidang kokurikulum.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :