DIY SAMPUL RAYA

Aktiviti terkini |23 April 2022

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kampung Banggol

Ringkasan Aktiviti :
Program membuat sendiri sampul raya diadakan sempena bulan Syawal yang akan menjelang tiba tidak lama lagi. Pelajar diberi peluang dan pilihan untuk mencari idea pembuatan sampul raya di youtube atau menggunakan enjin carian google dan seterusnya melakarkan idea masing-masing dalam Microsoft Word.

Tujuan Aktiviti :
• Memperkenalkan kepelbagaian fungsi Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kampung Banggol kepada komuniti setempat selain berperanan sebagai suatu tempat yang mengadakan kelas ICT secara percuma kepada semua ahli yang berdaftar.
• Memberi pendedahan tentang enjin carian yang ada di dalam internet.
• Melatih para peserta menggunakan Microsoft Word di samping dapat memperkenalkan tentang Microsoft Word bagi mereka yang masih baru dalam pembelajaran berkaitan ICT.
• Membina jalinan sosial dengan komuniti setempat khususnya pelajar sekolah berdekatan.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Program dijalankan di Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kampung Banggol.
• Dijalankan selama 2 jam bermula pada pukul 3.00 petang dan berakhir pada pukul 5.00 petang.
• Program bermula dengan sesi penerangan ringkas tentang program yang diadakan.
• Program diteruskan dengan sesi mencari idea untuk menghasilkan satu sampul raya yang menarik dan kreatif melalui enjin carian google atau youtube.
• Pelajar bebas untuk menghasilkan sampul raya mengikut kreativiti masing-masing sama ada ingin mencetak template sampul raya sedia ada dalam internet atau melakarkan sendiri dalam Microsoft Word.
• Seterusnya sampul raya yang sudah siap dilakar telah dicetak oleh petugas PEDI Kampung Banggol untuk diberi sentuhan terakhir oleh setiap peserta yang merangkumi proses mengunting, menampal atau mewarna.
• Pemenang dinilai berdasarkan kreativiti dan tahap kekemasan penghasilan.
• Program berakhir dengan penyampaian hadiah kepada pemenang dan sesi bergambar.

Kelebihan Aktiviti :
• Memberi pendedahan tentang kepelbagaian fungsi PEDi kepada komuniti setempat.
• Pendedahan tentang ICT dapat diberi kepada pelajar.
• Memperkenalkan tentang Microsoft Word bagi mereka yang masih baru dalam pembelajaran ICT.
• Jalinan sosial yang baharu dapat diwujudkan dan silaturrahim dapat dieratkan lagi antara staf PEDi dengan para peserta.
• Mengisi masa lapang hujung minggu pelajar dengan aktiviti yang bermanfaat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :