KUIZ KLIK DENGAN BIJAK

Aktiviti terkini |24 Disember 2022

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia - PEDi Kampung Banggol

Ringkasan Aktiviti :
• Program Klik Dengan Bijak yang memberi pendedahan tentang visi dan misi klik dengan bijak yang merangkumi cara untuk menggunakan internet dengan selamat dengan menfokuskan 3 elemen utama iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab.
• Para peserta diberikan kuiz klik dengan bijak berdasarkan taklimat ringkas tetapi padat oleh petugas PEDi dengan menggunakan aplikasi permainan interaktif Wordwall.



Tujuan Aktiviti :
• Mengaplikasikan visi dan misi Klik Dengan Bijak semasa menggunakan internet serta memberi pencerahan tentang servis-servis yang ditawarkan oleh PEDi Kampung Banggol.
• Menyediakan platform pembelajaran kepada masyarakat untuk meningkatkan lagi pengetahuan tentang penggunaan internet dengan selamat.
• Memberi perkongsian tentang 3 elemen utama dalam penggunaan internet dengan selamat iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab.
• Melahirkan generasi yang lebih berhati-hati dalam melayari dunia di hujung jari.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Program ini dijalankan di Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kampung Banggol.
• Taklimat ringkas tetapi padat tentang klik dengan bijak diberikan oleh petugas PEDi.
• Para peserta diberikan kuiz yang berkisar tentang klik dengan bijak dan servis-servis yang ditawarkan oleh PEDi.
• Pemenang dipilih berdasarkan ketepatan jawapan dan masa yang diambil untuk menjawab semua kuiz.

Kelebihan Aktiviti :
• Program Klik Dengan Bijak dapat disebar luas kepada semua pelajar terutamanya.
• Memberi pendedahan kepada peserta tentang servis-servis yang ditawarkan oleh PEDi Kampung Banggol.
• Dapat memberi ilmu pengetahuan tentang cara untuk melayari internet dengan selamat supaya terhindar daripada perkara-perkara yang tidak baik.
• Generasi terbaru mendapat pendedahan lebih awal tentang keselamatan melayari internet.

Nama VIP :


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :