PROGRAM BERSAMA MOBILE TEAM KWSP

Aktiviti terkini |20 Februari 2022

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kampung Banggol

Tujuan Aktiviti :
• Memperkenalkan kepelbagaian fungsi Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kampung Banggol kepada komuniti setempat.
• Membantu komuniti setempat terutamanya mereka yang mempunyai masalah kenderaan untuk berkunjung ke pejabat KWSP yang terletak agak jauh dari kampung ini.
• Memudahkan komuniti setempat untuk menyelesaikan sebarang permasalahan atau urusan berkaitan dengan KWSP.
• Membina jalinan sosial yang baharu dengan agensi luar.
• Menjalin hubungan silaturrahim antara staf PEDi dengan JPKK dan komuniti setempat.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Program dijalankan di Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kampung Banggol.
• Dijalankan selama 4 jam bermula pada pukul 10.00 pagi dan berakhir pada pukul 2.00 petang.
• Komuniti yang hadir ke PEDi memberikan kerjasama yang baik dengan mematuhi segala SOP yang telah ditetapkan. Seramai 25 orang komuniti telah hadir ke program ini.
• Sedikit jamuan ringan turut disediakan untuk staf KWSP yang hadir.
• Program berakhir dengan acara penyampaian cenderahati dan sesi bergambar bersama staf KWSP.

Kelebihan Aktiviti :
• Memberi pendedahan tentang kepelbagaian fungsi PEDi kepada komuniti setempat.
• Masalah komuniti berkenaan dengan kekangan kenderaan untuk berkunjung sendiri ke pejabat KWSP bagi menyelesaikan sebarang urusan KWSP dapat diatasi.
• Komuniti setempat dapat berurusan dengan staf KWSP dengan lebih mudah dan cepat.
• Jalinan sosial yang baharu dapat diwujudkan dan silaturrahim dapat dieratkan lagi antara staf PEDi dengan JPKK dan komuniti setempat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :