KEM KESIHATAN KLINIK KESIHATAN PERMAISURI

Aktiviti terkini |23 Julai 2022

Tempat Aktiviti:
Perkarangan Masjid Kampung Banggol

Ringkasan Aktiviti :
• Program ini merupakan program kesihatan anjuran Klinik Kesihatan Bandar Permaisuri, Setiu dengan kerjasama JPKK Kampung Banggol yang turut dibantu oleh PEDI Kampung Banggol.
• Tema program ini adalah Obesiti - Masa Untuk Kita Bertindak.
• Antara aktitiviti yang turut diadakan sepanjang program ini adalah pemeriksaan kesihatan secara percuma oleh kakitangan Klinik Kesihatan Permaisuri, kuiz kesihatan, pameran kesihatan berkaitan dengan pemakanan sihat dan seimbang serta pameran AEDES.
• Sukaneka dan pertandingan mewarna untuk pengunjung cilik juga turut diadakan.
• Sasaran utama program ini adalah penduduk Kampung Banggol khususnya serta penduduk kampung yang berdekatan.
• Program ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada penduduk kampung.



Tujuan Aktiviti :
• Memberi pendedahan serta huraian ringkas tentang tema program iaitu Obesiti - Masa Untuk Kita Bertindak.
• Meningkatkan pengetahuan am tentang risiko obesiti.
• Meningkatkan ilmu pengetahuan tentang penjagaan pemakanan serta gaya hidup sihat untuk mengelakkan atau mengurangkan jumlah peratusan obesiti dalam kalangan masyarakat di negara Malaysia khususnya.
• Membina jalinan sosial antara penduduk kampung dengan kakitangan Klinik Kesihatan Permaisuri, JPKK Kampung Banggol serta petugas PEDI Kampung Banggol.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Program berlangsung di perkarangan masjid Kampung Banggol.
• Dijalankan selama 5 jam bermula dari pukul 8.00 pagi sehingga 1.00 petang.
• Program dimulakan dengan pendaftaran peserta daripada penduduk kampung. Setiap pendaftaran layak untuk menyertai pertandingan cabutan bertuah.
• Pemeriksaan kesihatan berlangsung serentak dengan pameran kesihatan, kuiz kesihatan serta pertandingan mewarna untuk pengunjung cilik.
• Seterusnya program diteruskan dengan acara sukaneka untuk warga belia.
• Program diteruskan lagi dengan taklimat daripada kakitangan Klinik Kesihatan Permaisuri berkaitan dengan tema program iaitu adalah Obesiti - Masa Untuk Kita Bertindak serta disusuli dengan taklimat ringkas tentang pemakanan sihat untuk mengelakkan dan mengurangkan faktor yang memberi kecenderungan kepada masalah obesiti.
• Seterusnya program diteruskan lagi dengan sedikit kata aluan daripada Ahli Parlimen Setiu iaitu YB Ustaz Shaharizukirnain bin Abdul Kadir dan seterusnya merasmikan program ini.
• Program berakhir dengan sesi penyampaian hadiah bagi setiap acara yang dipertandingkan serta hadiah cabutan bertuah.
• Program bersurai dengan acara pengagihan makan tengah hari yang disediakan oleh JPKK Kampung Banggol.

Kelebihan Aktiviti :
• Mendapat pendedahan tentang definisi obesiti, faktor risiko dan cara untuk mengelakkan dari berlakunya obesiti.
• Meningkatkan ilmu pengetahuan tentang penjagaan pemakanan seharian yang seimbang bagi mengurangkan faktor yang boleh menyumbang kepada masalah obesiti.
• Dapat meningkatkan kemahiran staf PEDi dalam menjalankan tugasan yang perlu dilaksanakan.
• Jalinan sosial yang baharu dapat diwujudkan antara penduduk kampung dengan kakitangan Klinik Kesihatan Permaisuri, JPKK Kampung Banggol serta kakitangan PEDI Kampung Banggol.

Nama VIP :
• YB Ustaz Shaharizukirnain bin Abdul Kadir (Ahli Parlimen Setiu)

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :