PROGRAM PEMERKASAAN PEDI NEGERI TERENGGANU 2022

Aktiviti terkini |13 & 14 Jun 2022

Tempat Aktiviti:
Dewan Binjai, Hotel Seri Malaysia Kuala Terengganu

Ringkasan Aktiviti :
• Program ini merupakan anjuran pihak MCMC Negeri Terengganu yang bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai hala tuju dan pelaksanaan inisiatif-inisiatif yang dijalankan oleh MCMC dan pelbagai agensi di Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) di Negeri Terengganu.
• Program ini dijalankan selama 2 hari iaitu pada 13 Jun 2022(Isnin) sehingga 14 Jun 2022(Selasa) dan bertempat di Dewan Binjai, Hotel Seri Malaysia Kuala Terengganu.
• Sebanyak 66 buah PEDi daripada seluruh Negeri Terengganu telah menghadiri program ini dan pelbagai taklimat yang menarik telah diberikan oleh pihak-pihak daripada pelbagai agensi.
• Antara agensi-agensi yang terlibat dengan program ini ialah Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) dan Shopee Sdn Bhd.



Tujuan Aktiviti :
• Memberi pendedahan mengenai hala tuju yang dijalankan oleh MCMC di Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) di Negeri Terengganu.
• Memberi gambaran pelaksanaan inisiatif-inisiatif yang akan dijalankan oleh agensi-agensi luar di PEDi Negeri Terengganu.
• Meningkatkan kemahiran staf PEDi dalam melaksanakan serta menguruskan aktiviti-aktiviti serta program-program di PEDi.
• Membina jalinan sosial petugas PEDi yang terdiri daripada pelbagai SP di seluruh Negeri Terengganu serta pihak MCMC Negeri Terengganu.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Program dijalankan di Dewan Binjai, Hotel Seri Malaysia Negeri Terengganu.
• Dijalankan selama 2 hari iaitu pada 13 Jun 2022(Isnin) bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 10.00 malam dan pada 14 Jun 2022(Selasa) bermula pada pukul 9 pagi sehingga 2 petang.
• Program dimulakan dengan pendaftaran peserta daripada pelbagai PEDi dari seluruh Negeri Terengganu serta ucapan alu-aluan daripada Tuan Haji Roslan Mohamad, Ketua Bahagian Transformasi dan Koordinasi Negeri, MCMC.
• Seterusnya taklimat Transformasi dan Hala Tuju PEDi yang disampaikan oleh Bahagian Pembangunan & Pengurusan Komuniti, Jabatan Pusat Ekonomi Digital, MCMC.
• Sesi seterusnya adalah Taklimat Pengukuhan Aktiviti e-Dagang daripada Bahagian Postal, Kurier dan Perkhidmatan e-Dagang, MCMC.
• Program diteruskan lagi dengan taklimat daripada pihak Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) mengenai Inisiatif Memperkasa Usahawan Bagi Memacu Ekonomi Digital serta taklimat daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) berkenaan dengan Mempertingkat Kredibiliti Melalui Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) / EZBIZ Online.
• Bagi sesi petang pula, taklimat disampaikan oleh pihak Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) dan Shopee Sdn Bhd.
• Program berakhir dengan sesi bergambar bersama dengan semua peserta dan pihak penganjur iaitu MCMC.

Kelebihan Aktiviti :
• Mendapat pendedahan tentang hala tuju yang dijalankan oleh pihak MCMC Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) untuk menjadi lebih berkualiti pada masa hadapan.
• Mendapat pendedahan dari agensi-agensi luar berkenaan dengan servis yang mereka tawarkan serta inisiatif-inisiatif yang akan dijalankan oleh mereka PEDi.
• Dapat meningkatkan kemahiran staf PEDi dalam menjalankan tugasan yang perlu dilaksanakan.
• Jalinan sosial yang baharu dapat diwujudkan diantara staf PEDi Kampung Banggol dengan staf PEDi dari seluruh Negeri Terengganu serta staf MCMC Negeri Terengganu.

Nama VIP :
• Tuan Haji Roslan Mohamad (Ketua, Bahagian Transformasi dan Koordinasi Negeri, MCMC)

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :