PROGRAM BANTUAN I-FITRI

Aktiviti terkini |26 Mac 2022

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kampung Banggol

Ringkasan Aktiviti :
• Program kolaborasi bersama Jawatankuasa Pengurusan Komuniti Kampung (JPKK) Kampung Banggol yang diadakan khususnya untuk membantu komuniti setempat dalam membuat permohonan bantuan raya I-Fitri.

Tujuan Aktiviti :
• Memperkenalkan kepelbagaian fungsi Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kampung Banggol kepada komuniti setempat selain berperanan sebagai suatu tempat yang mengadakan kelas ICT secara percuma kepada semua ahli yang berdaftar.
• Membantu komuniti setempat terutamanya mereka yang mempunyai masalah capaian internet untuk memohon bantuan raya I-Fitri.
• Membantu komuniti setempat yang kurang mahir dalam bidang ICT untuk membuat permohonan bantuan terutama sekali warga emas.
• Membina jalinan sosial dengan komuniti setempat.
• Mengeratkan hubungan silaturrahim antara staf PEDi dengan JPKK.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Program dijalankan di Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kampung Banggol.
• Dijalankan selama 4 jam bermula pada pukul 10.00 pagi dan berakhir pada pukul 2.00 petang.
• Komuniti yang hadir ke PEDi memberikan kerjasama yang baik dengan mematuhi segala SOP yang telah ditetapkan.
• Program bermula dengan sesi semakan status pemohon yang layak atau tidak layak memohon melalui laman sesawang I-Fitri.
• Program diteruskan dengan sesi semakan dokumen lampiran yang perlu dihantar bersama borang permohonan.
• Borang yang sudah lengkap diisi beserta semua dokumen yang diperlukan diberi kepada pihak JPKK untuk tindakan seterusnya.

Kelebihan Aktiviti :
• Memberi pendedahan tentang kepelbagaian fungsi PEDi kepada komuniti setempat.
• Masalah komuniti tentang capaian internet dapat diatasi.
• Komuniti yang kurang mahir dalam bidang ICT tidak ketinggalan untuk turut serta dalam memohon bantuan raya I-Fitri.
• Jalinan sosial yang baharu dapat diwujudkan dan silaturrahim dapat dieratkan lagi antara staf PEDi dengan JPKK dan komuniti setempat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :