TUTORIAL KEMASKINI MAKLUMAT MURID SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH (SPS)

Aktiviti terkini |17 November 2022

Tempat Aktiviti:
Page Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia - PEDi Kampung Banggol

Ringkasan Aktiviti :
• Video tutorial ini dimuat naik pada Facebook Page Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia - PEDi Kampung Banggol.
• Tutorial ini memberi sedikit perkongsian kepada pengikut-pengikut Facebook Page PEDi Kampung Banggol terutamanya mereka yang mempunyai anak jagaan yang masih berada di sekolah rendah dan menengah, berkenaan dengan cara untuk mengemaskini maklumat anak jagaan mereka di dalam laman web Sistem Pengurusan Sekolah (SPS).



Tujuan Aktiviti :
• Memberi panduan kepada pengikut-pengikut Page PEDi Kampung Banggol terutamanya ibu bapa / penjaga yang mempunyai anak yang masih berada di sekolah rendah dan menengah tentang cara untuk kemaskini maklumat murid dalam Sistem Pengurusan Sekolah (SPS).
• Menyediakan platform pembelajaran kepada masyarakat untuk meningkatkan lagi pengetahuan berkenaan dengan ICT.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Video tutorial ini dimuat naik di Facebook Page Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kampung Banggol.
• Langkah demi langkah untuk kemaskini maklumat murid dipaparkan secara jelas dan terperinci.

Kelebihan Aktiviti :
• Komuniti dapat menjadikan video tutorial sebagai panduan untuk mengemaskini maklumat anak jagaan masing-masing dengan menggunakan telefon sahaja.
• Dapat membantu meringankan beban pihak sekolah untuk mengemaskini data para pelajar.
• Boleh diakses di mana-mana sahaja selagi ada capaian internet.

Nama VIP :


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :