KUIZ DIGITAL CAKNA BAHASA

Aktiviti terkini |22 Oktober 2022

Tempat Aktiviti:
Perpustakaan Desa Kampung Banggol Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kampung Banggol

Ringkasan Aktiviti :
• Program ini merupakan program yang dianjurkan sempena Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK).
• Program kolaborasi dengan Perpustakaan Desa Kampung Banggol ini menfokuskan kempen cintai bahasa Melayu. Jumlah peserta seramai 10 orang dan terdiri daripada murid sekolah rendah.
• Peserta terlebih dahulu diberikan masa selama 30 minit untuk mencari maklumat di perpustakaan berdekatan.
• Selepas itu, peserta menjawab kuiz silang kata secara offline (aplikasi Paint) di PEDi.



Tujuan Aktiviti :
• Untuk memantap dan memperkukuhkan lagi bahasa Melayu dalam kalangan peserta
• Untuk menyemarakkan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan di Malaysia
• Untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang manfaat perpustakaan serta teknologi internet sebagai sumber pembelajaran
• Untuk meningkatkan daya pemikiran kreatif dan kritis dalam kalangan peserta
• Memupuk semangat bersaing secara sihat dalam kalangan peserta

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Program berlangsung di Perpustakaan Desa Kampung Banggol dan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kampung Banggol
• Berlangsung selama 2 jam bermula dari pukul 10.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari
• Program dimulakan dengan pendaftaran peserta dan taklimat ringkas tentang program yang berlangsung
• Peserta diberikan masa selama 30 minit untuk mencari maklumat menggunakan sumber rujukan yang ada di perpustakaan
• Program diteruskan dengan peserta menjawab teka silang kata berkaitan topik penjodoh bilangan
• Sesi pemarkahan dan pemilihan pemenang
• Program berakhir dengan penyampaian hadiah kepada pemenang dan saguhati kepada peserta
• Sesi bergambar

Kelebihan Aktiviti :
• Salah satu cara untuk memantapkan lagi pengetahuan bahasa Melayu dalam kalangan peserta
• Memberikan pendedahan kepada peserta tentang penggunaan penjodoh bilangan yang betul dalam bahasa Melayu
• Mempromosi peranan perpustakaan sebagai tempat alternatif untuk mencari bahan rujukan selain daripada sumber internet
• Memupuk semangat keazaman dan persaingan secara sihat dalam kalangan peserta
• Menjadikan peserta dapat berfikir secara kreatif dan kritis semasa menjawab soalan kuiz
• Mengeratkan hubungan kerjasama antara staf PEDI Kampung Banggol, staf Perpustakaan Desa Kampung Banggol dan penduduk sekitar

Nama VIP :


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :