DIRGAHAYU MALAYSIAKU 2022

Aktiviti terkini |23 September 2022

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kampung Banggol

Ringkasan Aktiviti :
• Program ini merupakan program yang dianjurkan sempena bulan sambutan Hari Malaysia.
• Para peserta diberikan cabaran untuk melengkapkan peta Malaysia mengikut bendera negeri-negeri.
• Program ini terbuka kepada pelajar sekolah rendah.
• Sebelum cabaran bermula, para peserta diberikan masa selama 5 minit untuk mengingati kedudukan negeri-negeri di Malaysia.



Tujuan Aktiviti :
• Menyemai semangat cintakan negara dalam kalangan generasi muda
• Memperkasakan pengetahuan am tentang Malaysia melalui padanan bendera setiap negeri pada peta Malaysia
• Melatih daya kawalan penggunaan komponen asas komputer seperti tetikus dan papan kekunci
• Memupuk semangat bersaing secara sihat dalam kalangan peserta

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Program berlangsung di Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kampung Banggol
• Dijalankan selama 2 jam bermula dari pukul 10.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari
• Program dimulakan dengan pendaftaran peserta dan taklimat ringkas tentang program yang berlangsung
• Peserta diberikan masa selama 5 minit untuk mengingati kedudukan negeri-negeri di Malaysia.
• Program diteruskan dengan peserta memadankan bendera-bendera mengikut negeri masing-masing
• Program berakhir dengan penyampaian hadiah kepada pemenang dan saguhati kepada peserta
• Sesi bergambar

Kelebihan Aktiviti :
• Menjadikan salah satu cara untuk memupuk dan menyemarakkan semangat cinta akan negera dalam jiwa peserta terutamanya kanak-kanak supaya terus kekal hingga dewasa
• Menambahkan pengetahuan am tentang Malaysia dan negeri-negeri di bawahnya
• Memberi pendedahan tentang daya kawalan penggunaan komponen asas komputer seperti tetikus dan papan kekunci
• Memupuk semangat keazaman dan persaingan secara sihat dalam kalangan peserta
• Menjadikan peserta dapat berfikir secara kreatif dan inovatif semasa menyiapkan tugasan yang diberikan

Nama VIP :


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :