JAMUAN RAYA AIDILFITRI 2023

Aktiviti terkini |12 Mei 2023

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia - PEDi Kampung Banggol

Ringkasan Aktiviti :
• Program kolaborasi bersama Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kampung Fikri.
• Jamuan diadakan di dalam Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kampung Fikri.
• Makanan utama jamuan ini adalah nasi ayam dan pelbagai juadah menarik yang lain lagi termasuk bihun sup, lontong bersama nasi himpit, bihun goreng serta kuih muih.
• Jamuan tersedia dari pukul 11.00 pagi sehingga 3.00 petang dan telah mendapat sambutan yang baik dari penduduk Kampung Fikri serta kampung-kampung lain yang berdekatan.



Tujuan Aktiviti :
• Memperkenalkan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) kepada komuniti setempat yang belum mengenali dan mengetahui tentang fungsi PEDi.
• Mengadakan suatu program sebagai program wajib bulanan yang perlu diadakan oleh staf PEDi.
• Melatih staf PEDi dalam melaksanakan serta menguruskan suatu program dan mendapatkan pengalaman yang sewajarnya dari program yang telah diadakan.
• Membina jalinan sosial dengan komuniti setempat Kampung Fikri dan komuniti kampung-kampung lain yang turut hadir ke jamuan ini.
• Meraikan hari raya bersama penduduk terutama sekali ahli-ahli PEDi.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Program dijalankan di dalam Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kampung Fikri.
• Dijalankan selama 4 jam bermula pada pukul 11.00 pagi dan berakhir pada pukul 3.00 petang.
• Para tetamu dihidangkan dengan juadah utama iaitu nasi ayam serta banyak lagi juadah lain yang menarik seperti bihun sup, lontong bersama nasi himpit, bihun goreng serta kuih muih.

Kelebihan Aktiviti :
• Memberi pendedahan tentang kepelbagaian fungsi PEDi kepada komuniti setempat.
• Staf PEDi dapat menimba ilmu dan pengalaman dalam pengurusan program yang melibatkan tetamu yang agak ramai.
• Jalinan sosial yang baharu dapat diwujudkan dan silaturrahim dapat dieratkan lagi antara staf PEDi dengan komuniti kampung.
• Memupuk semangat kerjasama antara staf PEDi Kampung Fikri dan PEDi Kampung Banggol dalam menyiapkan juadah hidangan untuk para tetamu yang hadir.

Nama VIP :


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :