Mengenai Kami
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Kampung Banggol terletak dalam Mukim Tasek di Daerah Setiu, Terengganu. Kampung ini adalah sebuah kampung tradisional yang wujud sebelum zaman perang dunia kedua lagi. Paras muka buminya yang tinggi dan terselamat daripada banjir setiap tahun menyebabkan nama Kampung Banggol diberi. Terdapat perkampungan kecil dalam kawasan Kampung Banggol iaitu Kampung Bukit Abal, Kampung Bukit Maras dan Kampung Gong Katop.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023WORD SEARCH DAN JIGSAW PUZZLE
Aktiviti Terkini | 3 Disember 2020Pada bulan Disember 2020 , satu program iaitu ’Word Search dan Jigsaw Puzzle Online’ telah diadakan di Pusat Internet Kampung Banggol...baca selanjutnya
KREATIVITI ORIGAMI
Aktiviti Terkini | 27 November 2020Pada bulan November 2020 , satu program iaitu Kreativiti Origami’ telah diadakan di Pusat Internet Kampung Banggol...baca selanjutnya
FUN LEARNING MICROBIT 1
Aktiviti Terkini | Sepanjang Oktober 2020Sepanjang bulan Oktober 2020 , satu program iaitu ’Fun Learning Microbit 1’ telah diadakan di Pusat Internet Kampung Banggol....baca selanjutnya
MIV BERSAMA KOMUNITI 2020
Aktiviti Terkini | 5 September 2020Memenuhi KPI yang ditetapkan oleh pihak SKMM iaitu pusat internet perlu menjalankan 1 program pada setiap bulan....baca selanjutnya
SAMBUTAN KEMERDEKAAN 2020 (MEWARNA DAN MEMASANG BENDERA)
Aktiviti Terkini | 28 Ogos 2020Memenuhi KPI yang ditetapkan oleh pihak SKMM iaitu pusat internet perlu menjalankan 1 program pada setiap bulan....baca selanjutnya
TEAM DYNAMIC & REFRESHER PROGRAM
Aktiviti Terkini | 21 - 22 Julai 2020Memenuhi KPI yang ditetapkan oleh pihak SKMM yakni setiap staf baharu Pusat Internet wajib menghadiri kursus yang dianjurkan samada oleh pihak CCM atau pun SKMM....baca selanjutnya
PEMBUKAAN SEMULA PUSAT INTERNET DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP)
Aktiviti Terkini | 10 Jun 2020 – 31 Ogos 2020Jumlah maksima pengguna yang dibenarkan berada di PI untuk satu-satu masa adalah tidak melebihi sepuluh (10) orang sahaja....baca selanjutnya
PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 4
Aktiviti Terkini | 29 April - 12 Mei 2020Berikutan pandemik Covid-19 dan keputusan kerajaan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP-4) sehingga 12 Mei 2020....baca selanjutnya
PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 2 & FASA 3
Aktiviti Terkini | 1-28 April 2020Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 28 April 2020....baca selanjutnya
PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 1
Aktiviti Terkini | 18-31 Mac 2020Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula pada 18 hingga 31 Mac 2020...baca selanjutnya
PROGRAM ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK
Aktiviti Terkini |16 Febuari 2020Untuk memberi pendedahan mengenai bahaya internet serta langkah-langkah keselamatan untuk melayari internet....baca selanjutnya
PROGRAM ADVOKASI DI SK MANGKOK, SETIU
Aktiviti Terkini | 21 Januari 2020Pada permulaan program, para pelajar diberi pengenalan mengenai pusat internet serta penerangan tentang kemudahan yang terdapat disini. Para juga pelajar telah diberi pendedahan mengenai cara untuk melayari internet dengan cara yang betul dan selamat. Selepas itu, staf pusat internet menerangkan mengenai 3 risiko utama yang mereka akan hadapi jika melayari internet iaitu Cyber Bullying, Cyber Stalking dan Cyber Grooming. Setiap kali tajuk utama berakhir, para pelajar akan diberikan beberapa soalan untuk memastikan mereka faham tentang topik yang disampaikan. Cenderahati turut disediakan kepada pelajar yang dapat menjawab dengan betul....baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak (KDB)
Sepanjang Tahun | Berita TerkiniPembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya