Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Kampung Banggol terletak dalam Mukim Tasek di Daerah Setiu, Terengganu. Kampung ini adalah sebuah kampung tradisional yang wujud sebelum zaman perang dunia kedua lagi. Paras muka buminya yang tinggi dan terselamat daripada banjir setiap tahun menyebabkan nama Kampung Banggol diberi. Terdapat perkampungan kecil dalam kawasan Kampung Banggol iaitu Kampung Bukit Abal, Kampung Bukit Maras dan Kampung Gong Katop.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


AKTIVITI MENGHASILKAN ‘YEARLY PLANNER’ SENDIRI

Aktiviti Terkini | 16 Disember 2017

Aktiviti bulanan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) Kg. Banggol pada kali ini ialah aktiviti menghasilkan ‘planner’ sendiri dengan tema ‘Orang Yang Berjaya Adalah Orang Yang Merancang Masa Depan’. Pertandingan ini disertai seramai 27 orang peserta terdiri dari pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah....baca selanjutnya

PERTANDINGAN TEKA NAMA – ALAT TEKNOLOGI DAN ELEKTRONIK

Aktiviti Terkini | 24 November 2017

Tujuan utama pertandingan ini dilaksanakan adalah untuk menguji pengetahuan asas peserta mengenai alatan teknologi dan elektronik seiring perkembangan dunia digital. Aktiviti ini berbentuk ‘game” demi menarik minat peserta untuk menimba ilmu secara santai....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK

Aktiviti Terkini | 23 Oktbober 2017

Program advokasi ini bermula pada pukul 8.40 pagi dan berakhir tepat pukul 1.00 petang. Para pelajar di beri pendedahan mengenai PI1M dan kemudahan yang disediakan disini. Selain itu, para pelajar diberi penerangan mengenai tiga bahaya utama di internet iaitu Cyber stalking, Cyber bullying dan Cyber grooming. Para pelajar diberikan beberapa soalan untuk setiap sesi bagi memastikan mereka mendapat kefahaman yang jelas. Cenderahti turut disediakan....baca selanjutnya

PERTANDINGAN ‘SMART DART’

Aktiviti Terkini | 23 September 2017

Pertandingan ini dilakukan secara berkumpulan. Setiap kumpulan dibahagikan kepada 5 orang dan setiap orang harus membaling dart dan menjawab soalan. Peserta dibenarkan berbincang bersama ahli kumpulan. Setiap balingan dart akan menentukan jumlah markah yang akan diperolehi untuk setiap soalan yang berjaya dijawab dengan tepat. Soalan adalah berdasarkan isu semasa dan mengenai teknologi maklumat....baca selanjutnya

KUIZ KEMERDEKAAN DAM ULAR GERGASI

Aktiviti Terkini | 25 Ogos 2017

Sempena bulan kemerdekaan yang disambut pada bulan Ogos setiap tahun, PI1M Kg. Banggol telah mengadakan satu permainan dam ular gergasi. Permainan ini dibahagikan kepada dua sesi. Sesi pertama melibatkan penyertaan daripada para pelajar sekolah rendah manakala sesi kedua melibatkan penyertaan daripada pelajar sekolah menengah rendah....baca selanjutnya

JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI

Aktiviti Terkini | 14 Julai 2017

Sempena bulan Syawal yang mulia, pihak PI1M Kg. Banggol telah mengambil peluang untuk mengadakan jamuan hari raya Aidilfitri bersama ahli PI1M Kg. Banggol dan ibu bapa. Dalam program ini turut diselitkan aktiviti advokasi iaitu klik dengan bijak serta e-waste. Selain daripada itu, soalan kuiz berkenaan PI1M, KDB dan e-waste disediakan kepada peserta. Diharapkan ukhwah yang terbina antara staff, ahli PI1M dan ibu bapa berkekalan hendaknya. Semoga program ini mampu membawa nama PI1M sebagai imej yang baik kepada masyarakat dan menjadi ikon pusat maklumat dan informasi masyarakat setempat dari segi kemudahan digital dan prasarana berkaitan....baca selanjutnya

PERTANDINGAN MENCIPTA SAMPUL DUIT RAYA

Aktiviti Terkini | 17 Jun 2017

Pertandingan ini secara tidak langsung memberi ruang kepada staff untuk menilai hasil usaha mereka yang mencurahkan ilmu kemahiran komputer dan internet kepada pelajar. Pelbagai sampul menarik berjaya dihasilkan oleh para peserta. Sebagai imbuhan dan semangat buat mereka, kesemua peserta diberi duit raya menggunakan sampul yang dihasilkan sendiri dan mereka kelihatan sangat teruja. Diharapkan aktiviti sebegini dapat diteruskan pada masa hadapan dan terus mendapat sambutan mengalakkan....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI KLIK (KDB), E-WASTE & JUALAN PRODUK DIGI

Aktiviti Terkini | 08 - 13 Mei 2017

Sepanjang program ini dijalankan, pelbagai aktiviti telah dijalankan untuk pengunjung. Antara aktiviti yang disediakan ialah tayangan video mengenai klik dengan bijak, penerangan mengenai keselamatan internet dan mobile e-waste serta perkhidmatan PI1M. Selain itu, kami juga menyediakan pelbagai aktiviti seperti puzzle dart, dam gergasi, congkak dan mewarna online. Sepanjang program dijalankan, gerai PI1M tidak pernah sunyi daripada pengunjung terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat dan kerjaya....baca selanjutnya

'Public Speaking & High Impact Presentation Training'

Aktiviti Terkini | 24 - 25 April 2017

Kursus ini melibatkan 56 Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Wilayah Timur. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang cara menyampaikan perbentangan dan memberi penerangan yang lebih jelas tentang pengurusan PI1M kepada Pengurus & Penolong Pengurus setiap PI1M....baca selanjutnya

PERMAINAN SISIP SUKU KATA

Aktiviti Terkini | 21 April 2017

Aktiviti sebegini dilihat memberi impak yang sangat positif dalam kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah. Mereka bukan sahaja dapat memahirkan diri dengan penggunaan komputer malah dapat menambah ilmu pengetahuan melalui perkataan-perkataan baru yang dibentuk. Emosi dan nilai positif dalam kalangan peserta juga dapat diterapkan melalui aktiviti ini dimana mereka kelihatan teruja untuk bersaing secara sihat dan saling bergurau senda sepanjang aktiviti dijalankan. Diharapkan aktiviti ini terus mendapat sambutan dari masyarakat sekitar. ...baca selanjutnya

e-USAHAWAN BERSAMA MDEC

Aktiviti Terkini | 25 Mac 2017

PI1M Kg. Banggol telah bekerjasama dengan PI1M Kg. Fikri untuk menjayakan satu program e-usahawan khas untuk masyarakat setempat. Program e-usahawan merupakan salah satu program MDEC yang memberi pendedahan kepada masyarakat untuk mengembangkan perniagaan secara online dengan berkesan. Mengambil peluang ini, kami telah berhubung dengan tenaga pengajar MDEC untuk menjalankan program e-usahawan di Daerah Setiu....baca selanjutnya

PERMAINAN BAHASA-BENTUK KATA

Aktiviti Terkini | 10 Februari 2017

Aktiviti ini bertujuan untuk menguji penguasaan kosa kata pelajar dalam bahasa melayu... baca selanjutnya

PERTANDINGAN ‘LAST LETTER- FIRST LETTER'

Aktiviti Terkini | 20 Januari 2017

Program sebegini bukan sahaja mampu mengisi masa lapang pelajar secaara berfaedah malah juga mampu menguji ilmu dan kemahiran mereka dalam penguasaan bahasaa inggeris dan ict. Selain itu program ini juga diharapkan mampu membuka mata ibu bapa penduduk setempat untuk mengalakkan anak-anak mereka mengunjungi dan mempelajari ilmu yang kami berikan di PI1M Kg. Banggol...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti