Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Kampung Banggol terletak dalam Mukim Tasek di Daerah Setiu, Terengganu. Kampung ini adalah sebuah kampung tradisional yang wujud sebelum zaman perang dunia kedua lagi. Paras muka buminya yang tinggi dan terselamat daripada banjir setiap tahun menyebabkan nama Kampung Banggol diberi. Terdapat perkampungan kecil dalam kawasan Kampung Banggol iaitu Kampung Bukit Abal, Kampung Bukit Maras dan Kampung Gong Katop.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


PROGRAM RIANG RIA CUTI SEKOLAH

Aktiviti Terkini | 13 Disember 2019

Terdapat 3 aktiviti yang dijalankan pada program ini iaitu ”Online Colouring”,”Word Search”, dan Kuiz Klik Dengan Bijak. Bagi aktiviti ”Online Colouring”, kami menghadkan kepada peserta yang berumur 6 tahun kebawah sahaja dan aktiviti lain tiada had umur. Setiap peserta yang menyertai aktiviti ini akan mendapat hadiah saguhati. Hadiah utama disediakan kepada pemenang ”Word Search” dan Kuiz Klik Dengan Bijak....baca selanjutnya

PROGRAM SENI KRAF

Aktiviti Terkini | 30 November 2019

Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk melatih otot tangan (psychomotor) dan koordinasi tangan dengan menggunakan bahan yang telah disediakan semasa program. Disamping itu, program ini juga dapat mengisi masa lapang para pelajar pada musim cuti persekolahan....baca selanjutnya

PROGRAM BERSAMA TABIKA KEMAS KG BANGGOL

Aktiviti Terkini | 20 Oktober 2019

Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk melatih otot tangan (psychomotor) dan koordinasi tangan dengan menggunakan bahan yang telah disediakan semasa program. Disamping itu, program ini juga dapat melatih pelajar supaya berfikir secara kreatif semasa menyiapkan tugasan yang diberikan. Aktiviti pertama yang dilakukan ialah menampal bulu biri-biri pada gambar yang disediakan. Kami menggunakan kapas sebagai bulu biri-biri. Semua pelajar dapat melaksanakan aktiviti tersebut dengan baik sekali. Kemudian, aktiviti yang seterusnya ialah semua pelajar dikehendaki menampal kertas pada sekeliling pinggan polisterin yang disediakan yang mana hasilnya terbentuk seperti bunga. Semua pelajar masing-masing sangat teruja dengan hasil kerja mereka....baca selanjutnya

GOTONG-ROYONG & BERCUCUK TANAM

Aktiviti Terkini | 27 September 2019

Aktiviti dimulakan dengan gotong-royong di kawasan sekitar tanaman. Semua peserta masing-masing bersemangat membersih di kawasan tersebut. Kemudian, peserta diberikan beberapa biji benih untuk ditanam. Antara tanaman yang ditanam pada hari tersebut ialah kangkung, selasih, cili, bayam, tauge, ulam-ulaman dan lengkuas.....baca selanjutnya

PERMAINAN BAHASA : TEKA KATA

Aktiviti Terkini | 23 Ogos 2019

Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk melatih kemahiran kognitif para peserta iaitu dengan menyelesaikan soalan yang terdapat dalam permainan bahasa ini, disamping menyemarakkan lagi bulan kemerdekaan. Permainan ini juga dapat menambahkan kosa kata peserta dan secara tidak langsung dapat mengukuhkan penguasaan dalam aspek tatabahasa Bahasa Melayu....baca selanjutnya

SKETSA SOAL-MENYOAL

Aktiviti Terkini | 20 Julai 2019

Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk melatih kemahiran soal menyoal para peserta serta melatih kemahiran berfikir mereka. Pada permulaan program, para peserta telah didedahkan tentang langkah keselamatan internet. Kemudian, peserta telah dibahagiakan kepada beberapa kumpulan. Sebanyak 6 kumpulan telah dibahagikan dan setiap kumpulan mempunyai 2 orang peserta....baca selanjutnya

JAMUAN HARI RAYA AIDILFTRI

Aktiviti Terkini | 21 Jun 2019

Pusat Internet Kampung Banggol telah berkolaborasi dengan Pusat Internet Kampung Fikri untuk mengadakan program ”Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2019” bertempat di Pusat Internet Kampung Fikri. Program ini berlangsung pada 21 Jun 2019 iaitu pada hari Jumaat. Kami telah menjemput semua ahli pusat internet untuk hadir ke jamuan ini. Program ini bermula dari jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengah hari....baca selanjutnya

‘HAVE FUN WITH INTERNET’

Aktiviti Terkini | 15 Mei 2019

Program ”Have Fun With Internet” merupakan program yang merangkumi 3 aktiviti iaitu Pengenalan Kepada Asas ICT, Gubahan Tuala Kecil dan ”Making Fun Sandwich”. Bagi aktiviti pertama iaitu Pengenalan Kepada Asas ICT, peserta telah didedahkan dengan komponen-komponen asas komputer serta fungsinya. Peserta juga dapat mempelajari fungsi-fungsi yang terdapat dalam internet. Aktiviti kedua pula iaitu Gubahan Tuala Kecil, yang mana peserta dikehendaki menggubah tuala kecil menjadi sebagai patung beruang. Tutorial bagi gubahan tersebut ditunjukkan menggunakan perisian You Tube serta ditunjukkan oleh staf internet secara treperinci....baca selanjutnya

‘SPEAK YOUR MIND’

Aktiviti Terkini | 21 April 2019

Aktiviti ”Speak Out Your Mind” merupakan aktiviti yang dapat melatih kemahiran insaniah para pelajar terutamanya dari segi kemahiran komunikasi , kemahiran kerja berpasukan serta kemahiran kritis dalam menyelesaikan masalah. Para pelajar telah dibahagikan kepada 8 kumpulan dan setiap kumpulan dikehendaki untuk merangka peta minda di atas kertas manila yang telah disediakan berdasarkan penerangan mengenai ”Klik Dengan Bijak” yang telah diterangkan oleh staf Pusat Internet Kampung Banggol. Setiap kumpulan masing-masing diwajibkan membentangkan hasil kerja mereka dan setiap ahli kumpulan wajib terlibat dalam proses pembentangan....baca selanjutnya

'FIND THE PERFECT MATCH'

Aktiviti Terkini | 20 Mac 2019

Aktiviti'Find The Perfect Match' merupakan aktiviti suai padan gambar menggunakan komputer dan memerlukan pelajar menggunakan tetikus untuk ”drag” dan ”drop” dari satu gambar ke gambar yang lain. Aktiviti ini secara tidak langsung dapat melatih motor halus para pelajar pra-sekolah yang terlibat. Selain itu juga, tujuan utama program ini diadakan adalah untuk memberi pengenalan asas ICT kepada pelajar. Para pelajar telah mempelajari komponen-komponen yang terdapat pada komputer serta fungsi setiap komponen tersebut. Pelajar juga telah belajar cara untuk memegang tetikus dengan cara yang betul supaya mereka dapat melakukan aktiviti ”Find The Perfect Match” dengan baik....baca selanjutnya

Program Advokasi DI Sk Guntong

Aktiviti Terkini | 17 Februari 2019

Pada permulaan program, para pelajar diberi pengenalan mengenai pusat internet serta penerangan tentang kemudahan yang terdapat disini. Para juga pelajar telah diberi pendedahan mengenai cara untuk melayari internet dengan cara yang betul dan selamat...baca selanjutnya

'Fun Science Experiments'

Aktiviti Terkini | 25 Januari 2019

Program bulanan untuk bulan November ini telah diadakan pada 25 Januari 2019 bertempat di Pusat Internet Kampung Banggol. Program yang diadakan ialah ”Fun Science Experiments” yang mana program ini telah disertai seramai 15 orang. Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk menyemai minat peserta ke arah sains dan teknologi. Jesteru, peserta mempunyai landasan untuk mengaplikasikan sains dan teknologi dalam kehidupan seharian. ...baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti