Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Kampung Banggol terletak dalam Mukim Tasek di Daerah Setiu, Terengganu. Kampung ini adalah sebuah kampung tradisional yang wujud sebelum zaman perang dunia kedua lagi. Paras muka buminya yang tinggi dan terselamat daripada banjir setiap tahun menyebabkan nama Kampung Banggol diberi. Terdapat perkampungan kecil dalam kawasan Kampung Banggol iaitu Kampung Bukit Abal, Kampung Bukit Maras dan Kampung Gong Katop.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


PROGRAM ADVOKASI KAFETEEN BERSAMA LPPKN NEGERI TERENGGANU

Aktiviti Terkini | 4 Disember 2021

Program advokasi yang memberi pendedahan serta ilmu pengetahuan tentang jantina dan gender. Setiap peserta yang mengikuti program ini akan diberikan hadiah dan sijil oleh pihak LPPKN....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI KAFETEEN BERSAMA LPPKN NEGERI TERENGGANU

Aktiviti Terkini | 21 November 2021

Program advokasi yang memberi pendedahan serta ilmu pengetahuan tentang penyakit jangkitan seksual dan HIV/AIDS dalam kalangan remaja. Setiap peserta yang mengikuti program ini akan diberikan sijil digital....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI KAFETEEN BERSAMA LPPKN NEGERI TERENGGANU

Aktiviti Terkini | 17 Oktober 2021

Program advokasi yang memberi pendedahan serta ilmu pengetahuan tentang tanggungjawab seksualiti dalam kalangan remaja. Setiap peserta yang mengikuti program ini akan diberikan sijil digital....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI KAFETEEN BERSAMA LPPKN NEGERI TERENGGANU

Aktiviti Terkini | 26 September 2021

Program advokasi yang memberi pendedahan serta ilmu pengetahuan tentang implikasi kehamilan dalam kalangan remaja. Setiap peserta yang mengikuti program ini akan diberikan sijil digital....baca selanjutnya

TAKLIMAT LAPORAN WEBSITE SECARA ATAS TALIAN

Aktiviti Terkini | 6 Ogos 2021

Taklimat secara atas talian tentang cara yang betul untuk buat laporan website...baca selanjutnya

KELAS ICT ONLINE

Aktiviti Terkini | 18 Julai 2021

Tutorial untuk memindahkan duit dari bank CIMB ke bank Tabung Haji menggunakan aplikasi cimbclicks...baca selanjutnya

KELAS ICT ONLINE

Aktiviti Terkini | 20 Jun 2021

Tutorial rayuan bantuan prihatin rakyat (BPR) secara atas talian bagi pemohon yang tidak lulus...baca selanjutnya

PERTANDINGAN FOTO RAYA KREATIF

Aktiviti Terkini | 12-23 Mei 2021

Pertandingan ini diadakan bertujuan untuk mencungkil bakat kreativiti menyunting gambar dalam kalangan penduduk khususnya ahli berdaftar sekitar Pusat Internet Komuniti Kampung Banggol di samping sebagai salah satu cara untuk meraikan hari raya aidilfitri ketika negara sedang dilanda dengan wabak penyakit covid 19. Pertandingan ini diadakan secara atas talian sahaja....baca selanjutnya

KEMPEN PENDAFTARAN SUNTIKAN VAKSIN DAN PENERANGAN BERKENAAN MYSEJAHTERA

Aktiviti Terkini | 1 – 30 April 2021

Kempen ini diadakan bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat sekitar akan kepentingan suntikan vaksin Covid-19 terhadap setiap individu. Memandangkan Pusat Internet telah dijadikan salah satu tempat bagi memudahkan pendaftaran vaksin secara atas talian kepada orang ramai, maka staf telah mengambil inisiatif ini dengan membuka kaunter khas bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan pendaftaran secara percuma disini....baca selanjutnya

TUTORIAL MENUKARKAN GAMBAR TERUS KEPADA PDF MENGGUNAKAN TELEFON PINTAR

Aktiviti Terkini | 26 Mac 2021

Tutorial ini dibuat khas untuk para guru, ibu bapa, pelajar dan orang ramai yang mempunyai masalah untuk menukarkan format gambar kepada PDF...baca selanjutnya

E-TEMUDUGA UNTUK JAWATAN PENOLONG PENGURUS

Aktiviti Terkini | 9 Februari 2021

Satu temuduga telah dijalankan secara online di Pusat Internet Komuniti Kampung Fikri untuk mencari calon bagi jawatan Penolong Pengurus disitu...baca selanjutnya

MENGENDALIKAN YAHOO MAIL DAN GOOGLE MEET

Aktiviti Terkini | 31 Januari 2021

Pada bulan Januari 2021 , satu program iaitu ’Mengendalikan Yahoo Mail dan Google Meet’ telah diadakan di Pusat Internet Komuniti Kampung Banggol...baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti