Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Kampung Banggol terletak dalam Mukim Tasek di Daerah Setiu, Terengganu. Kampung ini adalah sebuah kampung tradisional yang wujud sebelum zaman perang dunia kedua lagi. Paras muka buminya yang tinggi dan terselamat daripada banjir setiap tahun menyebabkan nama Kampung Banggol diberi. Terdapat perkampungan kecil dalam kawasan Kampung Banggol iaitu Kampung Bukit Abal, Kampung Bukit Maras dan Kampung Gong Katop.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


KUIZ KLIK DENGAN BIJAK

Aktiviti Terkini | 24 Disember 2022

Program Klik Dengan Bijak yang memberi pendedahan tentang visi dan misi klik dengan bijak yang merangkumi cara untuk menggunakan internet dengan selamat dengan menfokuskan 3 elemen utama iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab. Para peserta diberikan kuiz klik dengan bijak berdasarkan taklimat ringkas tetapi padat oleh petugas PEDi dengan menggunakan aplikasi permainan interaktif Wordwall...baca selanjutnya

TUTORIAL KEMASKINI MAKLUMAT MURID SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH (SPS)

Aktiviti Terkini | 17 November 2022

Video tutorial ini dimuat naik pada Facebook Page Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia - PEDi Kampung Banggol. Tutorial ini memberi sedikit perkongsian kepada pengikut-pengikut Facebook Page PEDi Kampung Banggol terutamanya mereka yang mempunyai anak jagaan yang masih berada di sekolah rendah dan menengah, berkenaan dengan cara untuk mengemaskini maklumat anak jagaan mereka di dalam laman web Sistem Pengurusan Sekolah (SPS)....baca selanjutnya

KUIZ DIGITAL CAKNA BAHASA

Aktiviti Terkini | 22 Oktober 2022

Program ini merupakan program yang dianjurkan sempena Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK). Program kolaborasi dengan Perpustakaan Desa Kampung Banggol ini menfokuskan kempen cintai bahasa Melayu. Jumlah peserta seramai 10 orang dan terdiri daripada murid sekolah rendah. Peserta terlebih dahulu diberikan masa selama 30 minit untuk mencari maklumat di perpustakaan berdekatan. Selepas itu, peserta menjawab kuiz silang kata secara offline (aplikasi Paint) di PEDi...baca selanjutnya

DIRGAHAYU MALAYSIAKU 2022

Aktiviti Terkini | 23 September 2022

Program ini merupakan program yang dianjurkan sempena bulan sambutan Hari Malaysia. Para peserta diberikan cabaran untuk melengkapkan peta Malaysia mengikut bendera negeri-negeri. Program ini terbuka kepada pelajar sekolah rendah. Sebelum cabaran bermula, para peserta diberikan masa selama 5 minit untuk mengingati kedudukan negeri-negeri di Malaysia...baca selanjutnya

WARNA WARNI KEMERDEKAAN 2022

Aktiviti Terkini | 20 Ogos 2022

Program ini merupakan program yang diadakan sempena bulan kemerdekaan negara Malaysia. Para peserta diberi pilihan untuk melukis sendiri dan mewarna lukisan tersebut atau mewarna lukisan yang telah siap dicetak oleh petugas PEDI Kampung Banggol. Program ini terbuka kepada pelajar sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah rendah. Peserta bebas untuk menggunakan kelengkapan mewarna yang dibawa sendiri dari rumah atau menggunakan kelengkapan mewarna yang telah disediakan oleh petugas PEDI Kampung Banggol....baca selanjutnya

KEM KESIHATAN KLINIK KESIHATAN PERMAISURI

Aktiviti Terkini | 23 Julai 2022

Program ini merupakan program kesihatan anjuran Klinik Kesihatan Bandar Permaisuri, Setiu dengan kerjasama JPKK Kampung Banggol yang turut dibantu oleh PEDI Kampung Banggol. Tema program ini adalah Obesiti - Masa Untuk Kita Bertindak. Antara aktitiviti yang turut diadakan sepanjang program ini adalah pemeriksaan kesihatan secara percuma oleh kakitangan Klinik Kesihatan Permaisuri, kuiz kesihatan, pameran kesihatan berkaitan dengan pemakanan sihat dan seimbang serta pameran AEDES. Sukaneka dan pertandingan mewarna untuk pengunjung cilik juga turut diadakan. Sasaran utama program ini adalah penduduk Kampung Banggol khususnya serta penduduk kampung yang berdekatan. Program ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada penduduk kampung....baca selanjutnya

PROGRAM PEMERKASAAN PEDI NEGERI TERENGGANU 2022

Aktiviti Terkini | 13 & 14 Jun 2022

Program ini merupakan anjuran pihak MCMC Negeri Terengganu yang bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai hala tuju dan pelaksanaan inisiatif-inisiatif yang dijalankan oleh MCMC dan pelbagai agensi di Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) di Negeri Terengganu. Program ini dijalankan selama 2 hari iaitu pada 13 Jun 2022(Isnin) sehingga 14 Jun 2022(Selasa) dan bertempat di Dewan Binjai, Hotel Seri Malaysia Kuala Terengganu. Sebanyak 66 buah PEDi daripada seluruh Negeri Terengganu telah menghadiri program ini dan pelbagai taklimat yang menarik telah diberikan oleh pihak-pihak daripada pelbagai agensi. Antara agensi-agensi yang terlibat dengan program ini ialah Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) dan Shopee Sdn Bhd...baca selanjutnya

JAMUAN RAYA AIDILFITRI 2022

Aktiviti Terkini | 21 Mei 2022

Program kolaborasi bersama Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kampung Fikri serta JPKK Kampung Banggol. Jamuan diadakan di dalam dan perkarangan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kampung Banggol. Makanan utama jamuan ini adalah nasi minyak bersama gulai kawah dan ayam masak merah yang telah dimasak oleh penduduk kampung secara gotong royong. Satu pertandingan OOTD Raya turut diadakan bagi mendapatkan suasana jamuan raya yang sebenar dan lebih meriah lagi. Jamuan tersedia dari pukul 10.00 pagi sehingga 4.00 petang dan telah mendapat sambutan yang baik dari penduduk Kampung Banggol serta kampung-kampung lain yang berdekatan....baca selanjutnya

DIY SAMPUL RAYA

Aktiviti Terkini | 23 April 2022

Program membuat sendiri sampul raya diadakan sempena bulan Syawal yang akan menjelang tiba tidak lama lagi. Pelajar diberi peluang dan pilihan untuk mencari idea pembuatan sampul raya di youtube atau menggunakan enjin carian google dan seterusnya melakarkan idea masing-masing dalam Microsoft Word....baca selanjutnya

PROGRAM BANTUAN I-FITRI

Aktiviti Terkini | 26 Mac 2022

Program kolaborasi bersama Jawatankuasa Pengurusan Komuniti Kampung (JPKK) Kampung Banggol yang diadakan khususnya untuk membantu komuniti setempat dalam membuat permohonan bantuan raya I-Fitri....baca selanjutnya

PROGRAM BERSAMA MOBILE TEAM KWSP

Aktiviti Terkini | 20 Februari 2022

Program bersama Mobile Team KWSP yang diadakan khususnya untuk komuniti setempat supaya dapat memudahkan mereka melakukan sebarang urusan berkaitan KWSP seperti membuka akaun KWSP, membuka I-Akaun KWSP, menyemak kelayakan I-Suri dan I-Sara serta menjelaskan mana-mana caruman yang berkenaan....baca selanjutnya

PENGENALAN ASAS ICT DAN AKTIVITI BINA KRAF

Aktiviti Terkini | 23 Jan 2022

Program pengenalan asas ICT yang merangkumi topik komponen komputer dan fungsi setiap komponen tersebut serta aktiviti bina kraf yang bersesuaian dengan peringkat umur peserta....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti